Thursday, October 20, 2011

Teater Juta Juta di Putrajaya - Kompom aku nak gi tengok! JOM>


Assalamualaikum



Apa Habaq suma..heheh. *loghat utara . OK, pagi tadi, dalam syok2 dok berFB, aku di invite oleh saudara kacak nie.. (ada tahi lalat bawah bibir woo), ke teater Juta Juta . Memang niat hati aku dah lama nak pergi tengok teater. Cuma tak berkesempatan nak p. Actually, perasaan membuak buak nak p tengok teater sebab kawan-kawan aku ada yang kaki teater dan yang terbaru, dorang menonton persembahan Teater Muzikal The Secret Life Of Nora. Seminggu sinopsis Teater tu tertanam kat bibir dorang.. aahaha. 


Ok, berbalik kepada teater Juta Juta , (meh citer skit sinopsis dia)  ia berkisahkan sekumpulan anak muda graduan dan penggiat seni yang sedang merancang untuk mengadakan persembahan di Kerotan Seni. Sebuah panggung terulung yang menjadi idaman semua penggiat teater.

sumber gambar di sini.

Namun, usaha yang dilakukan tidak mudah seperti yang disangka hingga akhirnya mereka bertelagah sesama sendiri. Banyak perkara - perkara yang berlaku semasa zaman belajar dulu terimbau kembali yang membangkitkan suka duka mereka bersama.

Pengarah sebolehnya tetap mahu tegak dengan pendiriannya. Produser cuba untuk menjadi persembahan itu lebih bersifat komersial untuk berdaya saing, dan agaknya apa pula yang sedang difikirkan oleh sinografernya kan?

Sementara itu, Hang Lekiu, Lekir dan Kasturi pula enak memancing ikan kolam larangan istana semasa pertarunga Tuah dan Jebat.

Actually, bila aku dah baca sinopsis dia, jalan cerita teater nie sangat menarik. ia seperti teater didalam teater. kan? heheh. Tapi, aku kurang faham jalan ceritanya dengan jelas. Apa pun, Ini yang membuatkan aku rasa teruja nak p tengok teater nie.. Apa lagi, Jom kawan - kawan kita p tengok reremai. kat bawah nie, aku dah siap sediakan detailnya skali.. hehehe.


Jadual Persembahan :10 - 13.11.2011 jam 8.30 malam &13.11.2011 jam 3.30 petang(matinee)
Lokasi : Panggung Experimen Mawar Sari, Presint 2 Putrajaya, Berhadapan Istana Kehakiman                                                   
Tiket : RM 20.00
Tempahan tiket : 019 - 3572093
P/S : Wah, Tiket 20 hinggit je.. Murah2.. Apa lagi, Jom la tempah sekarang. aku pun nak gapai fon dah nie..ihihi. Ok, aku tinggalkan hampa suma dengan video Trailer Teater Juta - Juta nie yerk. Selamat berinfomasi. Wslm. Best tau! 


Sebuah Produksi :
MASK Team dan Majlis Belia Kawasan Putrajaya

Karya & Arahan :
Fasyali Fadzly Saipul Bahri


Penasihat :
Tun Faisal Ismail Aziz

Penerbit :
Shawn Amer

Lakonan :
Aloy Paradoks
Fazleena Hishamuddin
Anas Ridzuan

Sinografer :
Azhar Zainal

Pengurus Pentas :
Ameera Ramli

Pemasaran:
Fariza Hishamuddin
Hilal Azmi
Fareez Sabry

Majlis Belia Kawasan Putrajaya
Azizan
Nasru

Admin :
Shazlin Kassim

Twitter sila hashtag : #teaterjutajutaPUTRAJAYA


5 comments:

ishiko said...

oh wahh..
teringin nk tgk teater

Muhammadnuraizuddin said...

ishiko - itulah.aku pun..uhuh.jom2.

lAl said...

jom ishiko!! check mai nnti

Muhammadnuraizuddin said...

lal - jom2..hehehe

Hanim Mahali said...

Eh ??? Waktu tayangan ya bila sebenarnya ? Kenapa kat poster september ? O.o

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...