Monday, October 24, 2011

Aku mimpi meninggal dunia. Merayu diberi peluang kedua untuk hidup

Assalamualaikum..



Kelihatan suasana yang mengerikan disekelilingi ku. Terdapat suara - suara yang menggerunkan kedengaran. Perasaan takut memang bukan kepalang. Kelihatan ada manusia - manusia yang kurang jelas fizikalnya disekelilingi ku. beratur ke satu tempat yang aku sendiri tidak pasti. mereka semua hanya menunduk layu  seperti mengetahui sesuatu dan redho. Aku masih buntu dimanakah sebenarnya aku berada.

Aku mula memerhatikan gelagat mereka - mereka yang berada di hadapan dan belakang ku. aku menoleh sana sini tanpa henti. Keadaan disitu makin lama makin ngerikan. Makin menakutkan. Seperti ada sesuatu yang amat dahsyat yang bakal mereka tempuh.  Tiba - tiba aku terkedu. Terlintas sesuatu difikiran ku. Situasi disitu telah membuatkan aku seperti mahu menafikan apa yang sedang berlaku di depan mata. Keadaanya seperti menunggu giliran untuk sesuatu perkara. 

Mengapa aku bersama mereka ? Dimanakah aku? Kenapa aku turut serta didalam kumpulan manusia yang gelisahnya hanya Allah sahaja yang tahu. Adakah aku sebahagian dari mereka? Siapa mereka - mereka semua ni?.

Ya Allah! Rupa - rupanya mereka adalah golongan yang bakal menerima hukum darinya. Golongan yang tidak pernah bersyukur kepadanya. Golongan yang akan menerima balasan diatas perbuatan buruk mereka ketika mereka hidup di bumi Allah. Hati ku mula memberontak dan tertanya- tanya mengapa aku berada bersama mereka.

Ya Allah~

"Ampunlah dosaku.. Ampunlah dosaku Ya Allah. Ampunlah dosaku .."
"Aku menyesal Ya Allah.. Aku menyesal Ya Allah.. Aku menyesal diatas kelalaian aku Ya Allah."
"Aku merayu padamu Ya Allah.. Kau maha pengampun Ya Allah.. Aku merayu..."
"Aku tidak mahu masuk kenerakamu Ya Allah. Sesungguhnya, ia terlalu azab.. Tolonglah aku Ya Allah"
"Ya Allah, aku bertaubat Ya Allah.. aku bertaubat!!"

 Sudah tiba hari pembalasan keatas perbuatan burukku ketika hidup.

 Aku menangis..! Aku meraung - raung..aku meronta - ronta .. Aku menjerit  sekuat hati meminta keampunan . Badanku menggeletar, menggigil ketakutan yang sukar digambarkan dengan kata - kata.. aku tidak mampu dan sanggup rebah.. kerana aku masih berusaha untuk meminta keampunan darinya..Air mata sudah kering untuk dilinangkan. Suaraku sudah tidak kedengaran untuk diraungkan.

Dengan penuh kesal, aku bersujud dan meminta keampunan tidak henti - henti. "Ya Allah, Tolonglah hamba mu ini ya Allah. Aku tidak sanggup menghadapi api nerakamu. Sesungguhnya kau sayangkan hamba - hamba mu Ya Allah. Kau maha berkuasa Ya Allah.. Aku merayu.................... aku alpa ketika hidupku di duniamu ya Allah. Aku bersalah ya Allah..

Aku menadah tangan bertaubat Ya Allah. Berilah aku peluang yang kedua. Berilah aku peluang yang kedua.. Berilah aku peluang yang kedua untuk aku beriman kepada mu Ya Allah... Tolonglah aku Ya Allah.  Sesungguhnya Kau Maha pengampun..... Ya Allah..........

*Di saat itu, aku terjaga dari ketakutan yang aku hadapi sebentar tadi. Walaupun ia hanyalah mimpi dan tidak sedasyat seperti yang diceritakan di dalam Al - Quran .. ia tetap amat menakutkan. Tidak tercapai akal ku untuk menceritakan betapa dasyatnya suasana tersebut.. Bayangkan keadaan kita apabila kita benar2 berada di hari perhitungan Kelak? Wallahualam. aku bersyukur kerana Allah benar - benar memberikan aku peluang yang kedua walaupun ianya sekadar mimpi. Alhamdulillah.


firman Allah dalam Surah Az-Zumar ayat 54 yang bermaksud:
Dan kembalilah kamu kepada Tuhan kamu dengan bertaubat, serta berserah bulat-bulat kepada-Nya, sebelum kamu didatangi azab; kerana sesudah itu kamu tidak akan diberikan pertolongan.”

P/S : moga sedikit sebanyak dapat memberikan motivasi kepada kita semua. Insyaallah.

10 comments:

maisarah sarah said...

kadang2 untung dapat mimpi yang mcm tu.at least kita sentiasa akan rasa takut bila buat sesuatu yg xsepatutnya atau bila kita mula melupakannya.

Muhammadnuraizuddin said...

maisarah = alhamdulillah. itu lah.. insyalalh.

C i k P i p i T e m b a m said...

mudahan2 kita cepat sedar... mintak jauhlah dari seksa neraka...

Muhammadnuraizuddin said...

cik pp tembam..insyallah.. :)

cik pieja hut said...

sentiase beramal selagi rase diri masih belum cukup amal.

Mohd Khairi Khadzir said...

jom sama2 tmbhkn amal kt dunia ni buat bekalan kt akhirat nnt .. (^___^)

Muhammadnuraizuddin said...

cik pija - insyallah.

khairi = jom..insyallah

EYQASARA said...

ALHAMDULILLAH.. hidayah dari Allah.. bersyukur kerana msih diberi peluang dan merasakan itu. tak semua dpt..sama-samalah muhasabah diri..

*pesanan utk sy juga..

Gadish Lollipop said...

Mimpi macam ni akan membuatkan seseorang tu berubah dan sentiasa ingat kpd Allah.Sangat menakutkan.

p/s:get well soon :)

Muhammadnuraizuddin said...

eqasara =insyallah.. alhamdulilah..

gadish lollipop : insyallah.. tq..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...