Wednesday, July 20, 2011

Senario Ops Pocot menemui anda .. Terbahak-bahak!

Assalamualaikum...




Untuk entry kali ini, saya akan review sikit pasal filem terbaru oleh MetroWealth iaitu SENARIO OPS POCOT.. ihih. Agak lama kumpulan senario tidak berfilem kan.. Rindu woo.. Ingat lagi masa saya kecik2, senariolah artis paling abah aku minat. Sanggup tengok masa Konsert dorang di Singapura..ihhihi..

Ok, berbalik pada nawaitu entry ini, pada 21 July ini akan ditayangkan filem SENARIO OPS POCOT di semua pawagam seluruh Malaysia dan Brunie.. Seperti anda semua sedia maklum, Kumpulan SENARIO ini sinonim dengan gelagat lakonan meraka yang melucukan. Filem terbaru Metrowealth ini masih mengekalkan konsep lucu slumber SENARIO untuk dipertaruhkan kepada Penonton menerusi Filem SENARIO OPS POCOT..

Filem SENARIO OPS POCOT ini mengisahkan 3 orang lelaki [Mazlan, Azli, Wahid] yang masing2 mempunyai kelemahan yang ketara didalam kehidupan seharian meraka. Secara terpaksa dan tidak sengaja, meraka telah menyertai pasukan RELA untuk memperbaiki kelemahan masing-masing disamping mencari semangat baru bagi menjalani kehidupan mereka. Ketika latihan RELA dijalankan selama 2 minggu, mereka mempelajari pelbagai teknik mempertahankan diri dari segi fizikal dan mental disamping sulaman komedi-komedi yang bakal mencuit hati anda.

Ketika didalam kem, mereka bertiga sering diganggu dan dibuli oleh 3 orang pelatih yang sering membuli meraka. Tetapi Encik Bad [Mr. Os] jurulatih meraka telah memberi semangat yang jitu kepada Mazlan, Azli dan Wahid bagi menghadapi kesulitan yang bakal dihadapi.  Adakah mereka bertiga akan terus dibuli? Adakah meraka akan berubah apabila taman latihan RELA itu nanti? Adakah mereka telah bersedia untuk menghadapi kehidupan meraka yang sebelum ini dipenuhi ketidakselesaan di buli dan diganggu?.. Jawapannya di pawagam berdekatan anda pada 21 July ini..


Gambar sekitar Pratonton Filem SENARIO OPS POCOT 


Ehem..



Abg Wahid.. Kuat betoi dia gelak dalam panggung.. hahaha.



Sempat lagi tu sebelum wayang start..ihihi.



Barisan pelakon Filem Senario Ops Pocot..



Ketika sidang media..



 Inilah rakan2 yang menemani ke pratonton Filem nie..ihih..

P/S : Filem ini amat mencuit hati. Srius lepas saya keluar panggung, Suara dah takdak.. Gelak terbahak-bahak punya pasal masa tengok citer nie..ahahah.. Jangan lupa untuk tonton filem nie dipawagan 21 July nie ye.. Dan jangan lupa saksikan Vlog Bersama NurAizuddin menemuramah pelakon filem ini pada minggu hadapan. Selamat Berinfomasi, Wslm.



6 comments:

Eazy Izzuddin said...

boleh tengok ni..
hehe
xD

[k]o{q}i[n] said...

untungkan jd aizuddin...

Hanim Mahali said...

dahsyat sangat gelak sampai tak dak suara... mesti kelakau sangat ni...

Nur Syazana Mohammed Sani said...

xsaba nak tengok :D

moh la tinggal kan kutukan bernas d entry terbaru zana

http://syazanasani88.blogspot.com/2011/07/is-that-true.html

Muhammadnuraizuddin said...

eazy = itulah..best woo...

ayie = jadi diri sendiri amat untung..uhuhu..

hanim = itulah..ihih..

syazana - jom p tengok ramai2..

hafiz hafizol said...

untunglah leh temubual artis...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...