Saturday, June 4, 2011

Mengaku Khilaf amatlah suci.

Assalamulaikum...

Gambar Hiasan

Memang tidak disangkal, Setiap manusia melakukan kesilapan. Itu telah menjadi lumrah didalam menjalani kehidupan di dunia sementara ini. Tetapi, Dengan mengaku kilaf, kesilapan silam akan menyepi. Lalang tidak akan bergoyang jika angin tidak bertiup.. Tetapi, lalang perlu juga memberi peluang kepada angin untuk cuba memperbaiki tiupan supaya disenangi. Kita manusia biasa. Perlu saling bantu membantu. Jika seorang membuat kesilapan, perlulah kita menasihati. Menasihati dengan setulus hati murni. Pasti ia akan diterima dan disenangi. Istilah kerana nila setitik, rosak susu sebelanga pasti pupus jika masing-masing berusaha memperbaiki diri sendiri walaupun mustahil untuk menyempurnakan dari segala segi. Sungguh indah pekerti jika mengakui kilaf sendiri. Memohon maaf atas ketidaksengaja yang diberi.


Hidup di kota, Hidup di kampung tiada beza. 

Hidup di Hollywood mahupun Malaywood sama sahaja.

Kehidupan di Akhirat dan Duniawi, Ketara perbezaannya.


Ukuran minda, sukar dipasti. Itu penyebab berlaku begini.  Walaupun menyembunyi di dalam peti besi, pasti ada yang memerhati. Ingatlah, Walaupun berhati-hati, Ajal datang menjemput tak kira sana sini, tak kira masa dan waktu, tidak kenal artis mahupun blogger. Kerana meraka manusia biasa. 

P/S : Jika Api bertemu api, Makin maraklah ia.. Jika air bertemu gula, manislah jadinya. Semua akan dapat menfaatnya. Selamat beramal. Wslm.

17 comments:

azrijohan said...

puitis la bro ayat..haha,good

MuNsYi SaMa said...

Sgt setuju. Bila dua2 pihak saling maki memaki, sampai bila pun tak habis. :)

cik kacak said...

sokong ! ergh , kadang2 orang yang kasi nasihat pun , ayat dye dah tak de rope nasihat - huwahuwa =='

redbirdfe said...

wah wah wah !





jom singgah blog sy :)

Muhammadnuraizuddin said...

azrijohan = setiap manusia melakukan kesilapan kan.. ego je yg penyebab jadi begini..

munsyi = betoi2.. tp, apabila ditegor, tak salah mengalah..itu lagi murni..

kacak = itulah..nasihat ada caranya..

redbirdfe = :")

aku tak sokong mana2 pihak. tetapi, kita boleh nampak sendiri, apa masalah yang berlaku sebenarnya.

nohfee said...

sangat suka post ni.

Muhammadnuraizuddin said...

nohfee : tq so much ye.. :")

Azman said...

Manusia suka menilai orang lain skati dorang jek sekrang, tu masalah utama... Masing-masing cuba tonjolkan diri sendiri sebagai seorang yang baik, seorang yang mulia, dengan cara mengaibkan orang lain.

Tegur bole, nasihat bole

Perli tak boleh, mengaibkan orang lain tak boleh

yad'z said...

wooo... insap2.. ahahaha gambar emcem.. ahahaha.. XD

sesegar said...

huuu..i'm insof :D

blognizamlah said...

post ini sangat2 terbaek....ada yang nak bagi nasihat, tapi dah macam nak ajak berperang...hohoho...gud job bro...nice work..

i'm ezza haniza said...

er...sedang mentafsirkan kata2 kamu ..

******loading. . . . . . .

::cikjuju::◕‿◕ said...

yup2 sokong...ini tak sane maki sini maki...yg penat jiwa...adeh...

anyway...sentiasa la kene muhasabah diri ye tak...^^,

Muhammadnuraizuddin said...

azman = masing2 ikut perasaan... :")

yadz = amboi..perli..ihihi

sesegar = ihihi..bagoih2..

blognizamlah = betoi tu..tq so much ya bro..

ezza = ihihih.. loading..ihihi..

cik juju = betoi tu..wallahualam

HeziqaMushadadLee said...

hmm,insap!err sokong cakap yadz,hensem owh gambar..hahha

Observasi Semalam said...

nice~ :-)

e4ezzati said...

nice (:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...