Thursday, June 23, 2011

Bandar Warisan Malaysia.. Awesome!!!

Assalamualaikum...


Untuk entry kali ini, aku nak review sikit sebuah bandar yang penuh dengan senibina classic  yang dikekalkan seninya dan dijadikan sebagai warisan di bandar tersebut. Bandar yang dimaksudkan terletak di Perak iaitu Taiping dan sinonim dengan panggilan Bandar Warisan. Selain itu, Taiping juga terkenal dengan panggilan Bandar Hujan kerana Taiping adalah kawasan yang menerima tadahan hujan yang paling tinggi dan cuacanya lembab di Malaysia.


Gambar yang diambil pada tahun 1968
Sebenarnya, Bandar Taiping ini dibuka pada tahun 1874 oleh peniaga Cina setelah bijih timah ditemui di Kamunting. Taiping berasal dari bahasa cina dan bermaksud "Aman selama-lamanya". Sebelum ini Taiping dikenali sebagai Klian Pauh. Jika anda semua ingin tahu, Taiping adalah permulaan penghijrahan secara beramai-ramai kaum Cina yang terdiri daripada golongan pelombong dan peniaga. 

Selain warisan2 yang ditinggalkan dijadikan tarikan, Taiping juga terkenal dengan tempat2 percutian seperti Bukit Merah, Taman Tasik Taiping, Bukit Larut, Muzium, Zoo dan banyak lagi.. Taiping juga mempunyai 33 buah binaan yang Pertama yang dibina di Malaysia. contohnya, Pejabat Pos, Mahkamah, stesen kereta api dan sebagainya... Fuh, kalau nak diceritakan tentang Taiping nie, memang berjela lah entry ini..ihihih.. Jadi, pada jam 12 tengah hari, 23/06/2011 Episod Jom Jalan-jalan Bersama NurAizuddin akan review Bandar Warisan Tersebut. Dan anda semua boleh menonton betapa bestnya apabila berada di Taiping dan bangunan-bangunan yang pertama yang akan di riview oleh pengacaranya iaitu Bersama NurAizuddin.



Salah satu tarikan utama : Taman Tasik Taiping.


Tarikan Taiping : Tanah Tinggi Bukit Larut..


P/S : Nantikan kemunculan Episod Bersama NurAizuddin di Taiping Bandar Warisan. Sebenarnya, pengacara Jom jalan-jalan di 1tube.my itu sendiri adalah anak jati Taiping.. Mesti lagi menarik kan???ihihih.. Apa pun, Kita tunggu kemunculannya.. Jom tonton episod Bersama NurAizuddin pada minggu lepas di Teluk Cempedak, Pahang.. Selamat beramal, Wslm.

14 comments:

abdullah gazali said...

yeahhhh .. perak is the best !!

iekaKAMAL said...

yeahhh..taiping the best !! hahaha

Syakir Rahman said...

jap, gmbr kt tasik tuh btol ke kt taiping????sbb nama taiping ade dua, satu kt malaysia, satu lg kt china....

Muhammadnuraizuddin said...

abdullah gazali = yeah..perak is the best..ihih..

iekakamal = ye..ye..taiping memang terbaik..uhuhu... kan ieka..ihih..

Syakir Rahman = IHIHi..memang betoi itu gambar taman tasik taiping..Actuly, Taiping terkenal dengan seni bina2 yang macam tu.. Lagi pun, Pelombong China memang ramai menapak disini. Untuk pengetahuan ko, Di China bukan Taiping..tapi Taipie,.. dan Sebenarnya nama Taiping di ambil sempena sebuah tempat di China iaitu Taipie tu.. :") ini fakta benar ye..ihih..

Muhammadnuraizuddin said...

abdullah gazali = yeah..perak is the best..ihih..

iekakamal = ye..ye..taiping memang terbaik..uhuhu... kan ieka..ihih..

Syakir Rahman = IHIHi..memang betoi itu gambar taman tasik taiping..Actuly, Taiping terkenal dengan seni bina2 yang macam tu.. Lagi pun, Pelombong China memang ramai menapak disini. Untuk pengetahuan ko, Di China bukan Taiping..tapi Taipie,.. dan Sebenarnya nama Taiping di ambil sempena sebuah tempat di China iaitu Taipie tu.. :") ini fakta benar ye..ihih..

hafizulhakim said...

waa..best ni. wajib tonton. :)

Norasiah Nasir said...

pernah pergi sekali je tasik taiping..best wooo..cantik..rasa mcm duk kat oversea je.. tasik taiping pun setaraf dgn tmpt2 cantik di dunia tau..hehehee

Muhammadnuraizuddin said...

hafizulhakim = tonton tau..ihih...tq2...

norasiah = memang best kan..if, waktu lepas ujan lagi best.. sejuk je, lembab je suasana... :)

eddy syrol said...

weiii...cantiknyerrr.... (~_~)

jom terjah ..MAKANAN SIMPLE MAKANAN BERKHASIAT



WORDLESS THURSDAY

[k]o{q}i[n] said...

aik..promote nmpk... bndr diraja xnk promote ke?

Syakir Rahman said...

oh...thnx 4 da info...BP akan wat gath kt Taiping...ko join x???

Muhammadnuraizuddin said...

eddy = ihih..jom2.. :)

ayie - ihihi..tak berkesempatan lagi..ihih..

syakir = niat dihati aku memang nak pergi.but, Gath BP nnti aku kat KL..kerja.. sob2.. :(

Atiqah Wadiah said...

taman tasik taiping cam bez..x penah lg smpy..huhu

fiq. said...

my hometown

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...