Sunday, June 19, 2011

Allahuakbar..Kereta ku tiba2 berat ketika melalui Lebuhraya Karak

Assalamulaikum...

Pada 2 minggu lepas, aku bersama rakan-rakan ku ke kuantan bagi memenuhi masa lapang di hujung minggu. Untuk pengetahuan anda semua, itu adalah kali pertama aku menjejakkan kaki di Negeri Pahang. Perasaan ku amat teruja kerana 'jakun' tak pernah pergi ke sana. Pelbagai-bagai aktivity yang kami lakukakan di sana. salah satunya ialah, CLICK HERE untuk melihat Vlog aku di sana.



Nak dijadikan cerita, ketika perjalanan pulang kami dari sana, atau dengan lebih tepat lagi dari Teluk Cempedak, jam telah menunjukkan 11 Pm.. Agak terlewat kami bergerak dari sana pulang ke KL. Didalam perjalanan pulang, kami bergurau senda didalam kreta mengenai Filem yang telah ditayangkan iaitu Karak ketika melalui lebuh raya tersebut.. Aku masih tidak berpeluang menonton cerita tersebut. Tetapi, seorang daripada kami telahpun menonton sebelum kami ke Kuantan.

Eh, Eh~..Shahir tu.. Aku bergurau dengan rakanku yang sedang memandu dengan kusyuk.

Woooi!!!!, Kreta Kodok Warna Kuning.~ rakanku menjerit memecahkan kehengingan perjalanan kami. Kami ramai2 ketawa dengan nada mengusik.

Kami mengajuk Filem karak tersebut.. tiba2, rakanku yang memandu kereta mengadu bahawa kereta tersebut tiba2 berat. Kami hanya ketawa kerana beranggapan bahawa beliau hanya melawak. 5 minit kemudian, beliau mengadu skali lagi bekenaan hal berkenaan. Kami memandang satu sama lain dan "Glup~".. Masing2 menelan air liur.. Tanpa berfikir panjang, aku memesan kepada rakanku supaya tidak berhenti di situ. Ini kerana kawasan tersebut adalah kawasan yang dikatakan keras di sekitar tersebut. 

Tak lama kemudian, kami berhenti di sebuah station petronas. Kami meneliti keadaan kereta dan ternyata tayar kereta yang kami naiki pancit. Fuh, patut la berat, rupa-rupanya, tayar pancit.. Adoy.. Masalah seterusnya ialah bagaimana kami mahu meneruskan perjalanan. Kami hanya me' pump tayar yang bocor dan redho untuk pulang...Bukan tidak mahu menggunakan tayar spare, tetapi tayar tersebut juga mempunyai masalah yang sama...

Kami berjaya sampai ke kediaman. Yang peliknya, tayar yang dipercayai mengalami kebocoran tidak menunjukkan sebarang permasalahan. Pelik sungguh~~ haish.. Apapun, syukur kami selamat sampai..

P/S : Janganlah bercakap besar ketika berada di sesuatu kawasan yang keras... Selamat beramal, Wslm.

25 comments:

Umedia Network said...

meremang bulu roma baca ni. ;)

Nurul Amira said...

hahaha . cuakk ! main2 lg . nsb baik xde pape .

forever love said...

pengalaman.. benda cmtue jangan dibuat main

azrijohan said...

pehh,cuak siot..

jeling jeling tepi gak den bace...seram.haha

Muhammadnuraizuddin said...

umedia network = ihih..mana ada cerita pasal hantu..ihih

amira = itulah..hiash. risau tau..

atiq = ihihi.. itulah... kene jaga2..

azijohan = ahhah.aku taip nie pun jeling2 jugak..

aremieroul said...

hu3..buat tkot jerk..

Muhammadnuraizuddin said...

aremieroul = ahaha..

Anonymous said...

huhu xsanggup aku lalu malam2 kat situ.. heheheh

psis@tepeng

De'din said...

igtkan apalah tadi,,
keh keh keh
tayar pancit rupanya,,

Muhammadnuraizuddin said...

ijat = satu jln tu ja ada nak ke KL..ahah

din - ahahhaa..

Подтверждаю said...

as salam..
oh.gangguan. situ memang keras. pakcik setakat sepanjang kerja dari gebeng pulang ke selangor hari2, kalau gangguan biasa2 yang melambatkan perjalanan tu ada la. bab kete kodok tu, tak pernah. tapi

orang yang duk tepi bahu jalan dan pakcik akan memintasnya beberapa kali tu, kerap juga la pakcik nampak. cuma buat tak tahu je.

Muhammadnuraizuddin said...

pokcik = yeke..fuh, seram sejuk.

Nur Farah Hani said...

tu la main main lagi... kalo mulut masin kan ke haru jadinya.. apa daaa... :P

NuReLLe said...

bagi duet 1 juta pun aku tak berani lalu situ memalam..huu~

blackroses said...

tayar tu kurang angin je kot..ekekekkee

yad'z said...

haaa.. tu lahhh.. awatt nakal sangatt. huhuhuhu

Rozuan Ismail said...

kalau nak lagi keras,pergi ke janda baik,pahang.

alyaclumsy said...

wakakaaka, ingatkan betul2 kena kacau tadi :p

kunci locker said...

aku sedang berdiri diatas tempat yg keras...hahah..tu r..ko ni..mulut cabul..kn dah kne...hahah..peringatan tu utk dri sdri n org laen...hahaha

Oasis said...

Baru je terkena hari tu. kereta berat sedikit tapi yg horror bila jumpa lori tak ada pemandu. Serik lalu situ.

Slm kenal dr rakan twitter - wadisiarjuna.

Muhammadnuraizuddin said...

FARAH hani = itulah.serik2..

yani = if aku sanggup woo 1 juta..

ros hitam = but, sampai kat situ baru jadi mcm tu.a.doy..

yadd = ihih..memg slalu nakal.. tak sangka kat situ keras..uhuhu

rozuan = itu cari pasal tu..ahaha

alyaclumsy = ahaha..

kunci loker = itulah..cabul betoi mulut..

oasis = yeeka..tudia..serius?

Hanim Mahali said...

tu la nakal sangat.... haish, emang dasar bucak cilik....

aizamia3 said...

nasib baik takde pape.. walaupun niat untuk bergurau tapi boleh meninggalkan kesan..

cthajar_pinkgurl said...

seram

T___T

mytayardotcom PJ said...

Nak cari tayar nanti? Cuba website http://mytayar.com

Ada >50 kedai di Klang Valley yang feed harga kat website. Harga yang dipaparkan dah masuk balancing dan valve. Free alignment kalau beli 4 tayar. Confirm tak kena tipu dengan kedai sebab semua terms + conditions dah dijelaskan di website.

Anda hanya perlu masukkan spec tayar terus ke website. Website akan menunjukkan info mengenai offer dari Network Workshops kami. Anda boleh pilih apa yang penting untuk anda samada harga, lokasi, jenama atau model tayar.

Kita akan pantau kedai supaya mereka tak menipu customer website. Anda hanya perlu bayar 5% deposit online. Lepas tu website akan hantar email info mana nak pergi. Balance 95% bayar terus kat kedai.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...