Thursday, June 2, 2011

Aku sendiri terakam gambar aneh di Bukit Melawati.

Assalamualaikum...

Entry kali ini, aku ingin berkongsi satu kejadian aneh yang berlaku ke atas diri aku sendiri ketika bersama rakan-rakan bersiar-siar di Bukit Melawati, Kuala Selangor pada 2 tahun lepas. Gambar yang ingin aku tunjukkan bukanlah rekaan semata-mata.Tetapi, Aku  hanya meletakkan watermark supaya gambar ini lebih selamat jika dipaparkan kepada umum. Aku tidak menyentuh langsung gambar ini di dalam komputer sehingga petang tadi aku terjumpa balik folder 2 tahun lepas di dalam komputer riba ini. JIka anda ingin membuat statment bahawa ini hanyalah trick mahupun propaganda ~, Terpulanglah.. Anda sendiri boleh membuat penilaian sendiri setelah meneliti kualiti gambar tersebut. 

Inilah lokasi tersebut.. Apabila aku bergambar pada 2 tahun lepas, tiada yang aneh.. tetapi apabila giliran roommate aku bergambar.. ada sesuatu yang tak kena didalam gambarnya...


Ada semua boleh lihat..Ada sesuatu yang tak kene mengenai gambar ini kan.. Lihat di bibirnya, seperti ada sesuatu disitu. Jika anda kata itu adalah kelibat daun yang berterbangan, Gambar dibawah ini mungkin tidak masuk akal dengan jawapan yang anda berikan..


Lihat dan tenung gambar ini. Apabila dia bergambar bersama GF nya, keadaan bibirnya masih pelik. Tetapi kali ini, ia kelihatan jelas di bibirnya seperti bibir yang pucat.. biru mayat... Lihat di gambar sebelah bawah pula, aku crop dimukanya supaya ia kelihatan lebih jelas..


Jelas kelihatan warna bibirnya bukan. Jika anda berpendapat bahawa suasana di kawasan tersebut mempengaruhi hasil dari gambar ini, ia juga tidak logik. Kerana gambar GF disebelahnya kelihatan normal. Bahkan gambar aku yang dirakan sebelum beberapa saat gambar dia dirakam, ia kelihatan normal juga seperti di dalam gambar paling atas.

JIka anda ingin mengatakan bahawa bibirnya jenis itu kerana sesetengah orang berbibir gelap, anda salah.~ kerana diatas ini adalah warna bibir sebenar dia. Jika anda menimbulkan soalan bahawa dikawasan gambar ini dirakam di persekitaran yang cerah, anda juga silap.. kerana warna bibir GFnya kelihatan lebih kurang sama.

P/S : Aku bukan ingin menimbulkan persoalan, Tetapi, hanya ingin berkongsi pengalaman. Pada minggu lepas, aku bersama rakan membuat Vlog disana. dan aku masih tidak menyemak video2 yang diambil dengan teliti. Hasilnya, akan ku publish di 1tube esok hari. Adakah ia masih mempunyai kandungan-kandungan mistik seperti pengalaman yang pernah aku alami 2 tahun lepas,..???? Esok akan terungkainya persoalan ini.~ Selamat beramal, Wslm.

21 comments:

Eazy Izzuddin said...

bukit melawati..
tempat aku selalu lepak masa ak study unisel batang berjuntai...
tp aku pun terasa something kat situ bila lepak...
huhu

aslann said...

takde pape pun aku tgk...ngade2 je...haha..aku pun ade tertangkap gmbr hantu...lg jelas...nnt aku nk up entry..esok mungkin...ngeh3..

aman said...

pergh. misteri nusantara nie. tak tanya member dia rasa apa time tue. :D

Muhammadnuraizuddin said...

eazy = yaka..masa kami buat vlog ari tu pun rasa mcm tak sedap hati.. rasa mcm ada benda dok usya2.. memang 3 orng kami rasa lain mcm..

aslan = cait, sikit2 nak sabotaj...

aman = gambar nie kami perasan masa dlam kreta odwy balik.. masa cek tu, suma dah meremang..terkejut.. Member yang kene tu pun terkejut. lagipun, masa kat situ, dia tak banyak ckap..apa kitaorg suruh, dia buat tanpa banyak soalan.. mcm blur.. walhal, dia bukn jenis mcm tu..

jaa64 said...

ngeri ah pulak..huhu

logorithm said...

Ada kalanya tahap 'frekuensi' badan kita menjadik terlalu rendah hingga menyamai frekuensi hantu. Pada ketika itulah hantu akan dapat memasuki badan kita ataupon kita boleh melihat hantu.

Tapi mungkin jugak itu petanda member Din tuh ader penyakit kronik yang tak disedarinya sendiri. Hopefully it's not lah ye...

I pon pernah dua kali terakam gambar paranormal.

Kali pertama I ambik gambar adik pompuan I kat halaman rumah. Gambar yang terhasil menunjukkan ader benda seperti asap yang kuar dari pohon limau kasturi. Gambar nih dah hilang.

Kali kedua semasa Perayaan Qingming tahun lepas. Kisahnya boleh dibaca di sini --> http://logokoko.blogspot.com/2011/04/qingming-2011.html

Muhammadnuraizuddin said...

jaa = ihihi..

john = ihihi..tq so much for your information..ihihih.. :") nak p serang u punya blog pulak.

A M E ! said...

wow . anehh tu . :\ tempat tempat macam tu memang 'something' kann .

aslann said...

haha..ne ade sabotaj...baik kan aku dtg lagi blog hg....hari2 aku dtg blog hg..kdg aku komen..kdg aku nk renung je header hg tu..hahahahahaha.

Muhammadnuraizuddin said...

ame = itu lah..uhuhu...

aslan = ayat nak makan penampor..ahaha..cait.

Eyda Syahida said...

bersungguh2 weh aku tilik gambar2 tuu.. kecik besar kecik besar mata aku.. gigih kan? :")

achik ezam said...

ankel sikers junior neh :p

Hanim Mahali said...

Bukit Melawati tempat ai main basikal masa kecik kecik dulu... normal la tu Bukit Melawati de perkara-perkara mistik....

Muhammadnuraizuddin said...

eyda = cait..gigih sungguh..ihih

hanim = cewah..hg pun mistik gak kan?..ahaha..elastik, lipstik suma ada..ihih..

achik = tu kira mcm perli la tu.a.ahhaha

Khumaera Ismail aka Habibi Hamid said...

ala..tibe2 goosebumps pulak..huhu~

ady said...

xde pape pon..biasa ye gmbo nyer

restu resort said...

jgn biarkan alam mistik menyelubungi anda..

Fahmi Mahat said...

agree dgn point psl frequency tu.

sbbnya, jin + syaitan ni semua ada kaitan dgn frekuensi cahaya dan bunyi.

sbb tu anjing menyalak bila dengar suara mereka, sebab anjing leh dengar bunyi ultrasonic, dan nampak frekuensi yang lebih tinggi dari inframerah

=)

yang suka entri nih,
FahmiMahat

Fyqa said...

huuuu. scary >,<

munira sajuti said...

alhamdulillah, so far, ai xpenah mengalami mistik bifstik bagai. ehe

Syakir Rahman said...

ok...tetibe terbaca entry ni tetengah malam.... ~.~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...