Sunday, June 19, 2011

Abah, Terima kasih atas segalanya

Assalamualaikum..


Zaman kanak - kanak ku amat bermakna dengan dimanjakan oleh abah. Aku bermain gusti dengan abah,.. Aku bermain hantu-hantu dengan abah.. Abah terlalu melayan kerenah kebudakan aku. Jika diimbau kembali, amat menggelikan hati. Mainan ku akan bertambah setiap minggu. Apa yang aku mahu, pasti dimiliki. Biasalah, penangan anak bongsu..Ketika aku berumur 12 tahun, Bapa ku masih menyuap nasi kepada aku.. Fuh, hinggakan sebegitu sekali aku dimanjakan..

Pada tahun 1998, abah mengalami serangan jantung. Ketika itu, aku berumur 8 tahun. aku masih tidak memahami apa2 ketika itu. Yang aku tahu, Abah dapat cuti panjang daripada kerja. Mulai hari itu, Abah tidak boleh lagi melakukan kerja-kerja berat, susah hati, rungsing, terkejut dan sebagainya yang membuatkan abah tidak selesa. Abah tidak boleh melakukan tugasnya lagi seperti sediakala. Abah hanya bekerja sebagai Pengawal Keselamatan untuk menyara keluarga. Pendapatan itu tidak dapat menampung perbelanjaan isi keluargaku dan emak terpaksa bekerja kebun untuk menampung perbelanjaan keluarga. Abang2 aku juga ada yang terpaksa menamatkan pembelajaran.

Sejak itu, kemahuan aku tidak lagi dipenuhi. Yang aku tahu hanyalah memberontak. Tetapi, secara perlahan abah cuba memenuhinya walaupun tidak kesemuanya. Dengan berbekalkan pekerjaan sebagai pengawal keselamatan, Hingga kini, aku diberi segala-galanya hinggakan tiada kawan-kawan ku percaya yang aku hanya anak kepada seorang JAGA..

Ketika mak xcident, aku seperti tidak percaya dengan perangai abah. Abah terlalu mengambil berat dengan mak hinggakan menyuap makanan kedalam mulut mak walaupun mak mampu untuk berbuat demikian. Abah sabar dengan kerenah mak kerana mak seperti tidak selesa ketika terlantar di hospital selama beberapa bulan. Abah juga tidak mengabaikan aku ketika aku di Politeknik. Hingga kini, Abah yang memasak, membasuh baju, mengemas rumah dan sebagainya bagi menggantikan emak untuk melakukan tugas tersebut kerana emak tidak mampu melakukannya. Di sini pernah ku huraikan. [ aku menangis, Kasihnya ibu ]

Sekarang, anak-anak semuanya sudah besar. Abah berjaya membesarkan anak-anak bersama emak. Abah mula memenuhi perkara-perkara dan juga minatnya yang tidak berkesempatan ketika muda. Sudah sampai masa Abah berehat...

                            

P/S : Lat sayang ABAH..Inilah masanya Lat berbakti kepada Abah.

15 comments:

Eyda Syahida said...

din.. :'(

Nay said...

eyh , kenapa lat ??

cik humaira.. said...
This comment has been removed by the author.
KhAiReDzAiMy said...

Terharu sungguh aq dgn pengorbanan abah ko din....

Rozuan Ismail said...

itulah pengorbanan abah

pandangkedepan said...

tiada benda yang boleh dibalas dgn kasih syg...

Oasis said...

selamat hari bapa... hargailah pengorbanan seorang bapa..

Muhammadnuraizuddin said...

slmat menyambut hari bapa semua..moga kita dpt berbakti kepada mereka...

[k]o{q}i[n] said...

sbr banyak2 k... aku tau ko ank yg baik.. skang ko dh duk jauh, byk2 kanlah doakan diorang.. tu je yg mendekatkan ko ngn parents ko... kalo ko ada pape mslh, membe2 ramai kt sini... bgtau je.. kitorang tolong apa yg kitorang mampu.. ok lat..??

Muhammadnuraizuddin said...

ayie = ihihi..insyallah..tq na..amboi, kalah abg aku hg ambil berat..ihihih... baik. lat???..ahhaa..

cik pulau said...

kasih seorang ayah tak mampu kita balas...^^,

Syarifah Ashikin said...

terharu baca kisah ini....

aizamia3 said...

abah yang tiada galang gantinya..

Fyqa said...

:')

Rtp Farra Arisha said...

how sincerely the wish from a son to a father. :'D
turut terharu.
and heppy father's day too :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...