Wednesday, May 11, 2011

Menderita jangkitan kuman seorang diri.

Assalamualaikum...

Tiba2 mataku terlihat cahaya yg amat terang.. Bila ku cuba buka mata dengan luas, Kepala ku seperti dihentak ke dinding, di pukul dengan kuat, dibaling dengan batu... ArrgghHH!!! Aku meraung kesakitan.. Lantas aku memekup kepala ku dengan bantal..



Jam menunjukkan 6.05 am. Aku menggagahkan diri untuk ke bilik air walaupun kepala ku sakit keterlaluan. Aku   berjalan terhoyong -hanyang sambil tanganku memapah dinding. Tanganku mencecah air di dalam besen dan mencurahkannya ke kepala.. ArghHH!! makin menjadi sakitnya. 

Seperti mahu pitam, aku membaringkan tubuh ku di atas sofa,. Jika ditoleh ke kiri, seperti ada orang menghentak kepalaku. Jika ditoleh ke kanan, seperti ada orang memijak kepala ku.. Sakit yang dideritai sukar untuk digambarkan dengan kata-kata. Pertama kali aku diserang oleh penyakit ini. Kepala ku menjadi bingung, bengan.. Tubuhku menjadi lesu dan tinggi suhunya. Ketika berbaring, air mataku mengalir. Bukan kerana aku tidak dapat menahan sakit, tetapi sakit kali ini terlalu menyiksa. Tambahan pula tiada siapa yang boleh membantu ketika aku perlu. Inilah akibatnya tinggal keseorangan.. Didalam fikiran, aku hanya mengingati Allah dan jugak ibu bapa ku.. Air mataku mengalir deras.. Esakkan tangisan semakin kuat.. Aku tidak kuat untuk menahan semua ini~!!!!

Jam menunjukkan 6.30 am.. Aku cuba tabahkan hati, kuatkan semangat untuk berdiri walaupun kepala ku seperti mahu pecah.. Aku mengambil wuduk dan terus menunaikan kewajiban kita sebagai umat islam. Jika ajalku disini, ambillah nyawaku didalam keadaan yang beriman.. Aku masih belum cukup mengumpul bekalan ke akhirat~. Selepas selesai, aku rebah  di atas sofa.. Aku tidak berdaya lagi untuk berdiri dek penangan daripada sakit yang diderita. Aku buntu untuk mencari pertolongan. Aku mengambil keputusan untuk meminta bantuan dari ofismte  yang tinggal berdekatan dengan rumah sewa ku. 

"Kak, tolong saya.. Saya sakit sangat nie.. tolong hantarkan saya ke hospital"

Inilah ayat yg aku guna untuk meminta bantuan ketika menghantar msg kepada beliau. Tetapi, beliau meminta ku untuk bertahan. Kerana klinik hanya dibuka pada jam 8 am. Tiba2, pintu rumahku diketuk. Rupa2nya, suami kepada ofismate ku sebentar tadi menghantar paracitamol sebagai bekalan untuk ku terus bertahan... Air mata masih berlinangan di kelopak mata. Kesakitan yang dialami, Hanya Allah yang tahu.

Setibanya aku di klinik, aku duduk di barisan hadapan kerusi yang ada. Sambil aku memekup kepala dengan tangan kerana kesakitan,  aku menunggu giliran dengan sabar dan berbagai-bagai tanggapan mengenai penyakit ini yg aku fikir. Adakah migrain,.. Adakah ........ Apakah...... tidak berani aku memikirkannya dengan lebih lanjut. Penyakit berkenaan kepala amatlah sensatif. Kerana ia melibatkan nyawa .

Setelah di check up, Doktor mengesahkan bahawa aku mengalami jangkitan kuman dalam badan. Ia amat bahaya jika tidak dirawat secepat mungkin. Aku diberi pelbagai jenis ubat dan dinasihatkan mengambil ubat tersebut dengan betul mengikut jadual yang telah ditetapkan disamping wajib untuk meminum air mineral lebih 3000 ml sehari.

Alhamdulillah, hari demi hari sakit ini semakin berkurangan. dengan kata lain, ia semakin sembuh..Mujurlah penyakit ini tidak berlarutan. Punca penyakit ini aku sendiri tidak pasti...

P/S : jagalah kesihatan anda. Lebih baik mencegah daripada mengubati. Selamat beramal, Wslm.

25 comments:

nurelinda said...

huhu. bahaya. alhamdulillah dah sihat ;)

Shafiza said...

Takutnya...sekarang dah ok ke?

ijam ismail said...

slm...
da sht eh din?
jge diri bebaik derr..

Hanim Mahali said...

Kenalah kawen cepat sikit... De gak yang nak jaga.... ^_^
Lain kali jaga kesihatan tu. Minum air masak bebanyak....

hairie said...

jangkitan kuman dlm bdn?kt bhgn mane kuman tu?? tp alhmdulillah ko dh mkin ok...

mahirahnazlim said...

weyh , jaga diri baik3 . makan ubat . nti takde org aku nak sakat haha *ttbe jer

infection jaga betul3 tau nti merebak teruk .

Eyda Syahida said...

same. tp xkuat sgt sakit. then semenjak dua menjak ni salu je sakit. doc cek darah ritu, cakap migrain. tp asik mkn ubt, sakit tetap skit. :(

blackroses said...

siannya...take care

jaa64 said...

be strong yeah!!
moga cpt sihAT

shandye. said...

take care. semoga cepat sembuh. rasanya lepas ni kena lebih berhati-hati dalam memilih makanan. mana la nak taw kot2 jangkitan tu berpunca daripada apa yg kita makan... just sayin'...

Silent said...

nama kuman tu apa?

zikeryhassan said...

tu la orang suruh kawen cepat2 xnak. kalau x, kan senang ada org jaga. hihi

ikan said...

Allah uji kita, bagi kita sakit sebab dia nak hapuskan dosa2 kecil kita .. insyallah semuanya dipermudahkan .. amin

el-janna said...

seb bek da sihat...
bagus la.. jgn lupa pergi TCA lagi

Muhammadnuraizuddin said...

nurelinda = ihih.tq ya..

shafiza = alhamdulillah..dah beransur pulih..

ijam = tq ya..

hanim = tak dak calon lagi..]

hairi = alhamdulillah..smkn okk..

mahirah = ihih..aku dok mkn ubat la ni..uhuhuhu

eyda = itu maigrain..lain dengn aku nie...uhuhuhu

roshitam = tq so much..

jaa = aku kan kuat..uhuhu

shandy = itulah... kene hati2..

silent = tak pasti, aku pun tengh sakit masa doc kasi tau ari tu

zikery hassan = tak dak orang mau kat aku..ahha...

ikan = insyallah..amin

Anyez Nasri ツ said...

subhanallah . Tuhan bagi kita saket , utk uji kita . semoga cepat sembuh . dan jngan abai-kn waktu makan ubat . dan sentiasa-laaaaaaah ingat kepada Tuhan k :)

Muhammadnuraizuddin said...

eljana = tca tu apa?..uhuhu..

anyez= insyallah.. tq..

aslann said...

semoga sihat selalu :)

L-mi Redzz said...

jga diri bebaik din...xkene thn wad ke??? dlu my sis kene jangkitan kuman gak...tp, dia batuk, demam, & bdn terlalu sejuk...seb bek cpt bwa g hsptl.... btw, jga kshtn ye bro!!

achik ezam said...

hero mmg selalu kalah dulu.

be strong and take care :)

efa said...

take care din get well soon :)

Muhammadnuraizuddin said...

aslan = sudi jugak hg masuk blog aku kan.yelah, mentang2 hg dah pemes..iih thx weh.

lmi redzz = tak kena..nak ikutkan memg akan ditahan wad..nasib aku ke hospital swasta..

achik ezam = tq so much beb...

efa= insyallah..tq so much.

aslann said...

aku masuk kali ke 2...sayang tak kt aku? ahahaha..hg yg pemes..aku tak..

Razil Tahir said...

alhamdulillah dah sihat..
doktor ckp jangkitan kuman kat mane?
kuman dalam darah ker?
juz nak tnye.. huhuhuh

HaNa HoNeY said...

get well soon
^_^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...