Sunday, May 13, 2012

Aku menangis.. Kasihnya ibu

Assalamulaiakum...


Entry ditulis pada Hari Ibu 2011 : Sudah hampir seminggu aku demam. Bukan tidak mahu ke klinik, tetapi ada kekangan yang tidak mengizinkan. Kepala ku menjadi berat, tubuh ku menjadi lemah, perasaan ku terlalu rapuh.. Menagih simpati kepada rezeki kurniaan ilahi untuk meneruskan hidup. Bukan tidak berusaha, tetapi mereka mengambil kesempatan di atas keperihatinan ku. Walaupun mimik wajahku amat ceria, tetapi di sedalam tinggi lubuk hatiku terlalu geloranya. Membadai jiwa. Perasaan tidak seimbang menghantui diri. Aku mudah muram, tersentuh , dan juga menangis. Di saat aku menaip entry ini, titisan jernih air mata menitis ke pipi..

Untuk mengubati gundah gulana, aku menghubungi Abah di Kampung untuk bertanyakan khabar. Suara penuh dengan nada mengambil berat melunturkan hati ku. Perasaan sebak mula bertandang. 

"Aku lelaki, aku yang nak ke sini.. aku kena tanggung sendiri..aku tak boleh menangis.!!!

Bohong aku katakan jika tidak mengadu derita jiwa. Aku tahu abahku seorang yang tidak cepat melatah. Beliau mendengar dengan tenang dan memberi nasihat untuk meneruskan perjuangan di dalam kehidupan. Aku mula berasa tenang dan sebak didada mula menghilang...

"Nak cakap dengan MAK~?

Hati ku mula pilu. Membayangkan wajah murni ibuku. Aku mengaku, Ibuku adalah inspirasi ku. Beliau amat kuat dan tabah menjalani kehidupan. 6 Anak lelaki dibesarkan dengan menggunakan tulang 4 keratnya. Ibuku seperti ketua keluarga. Pagi petang bekerja.. Tanpa rasa penat.. Aku dibesarkan dengan menyaksikan titisan peluh ibuku bekerja. Walaupun aku tidak tahu hal keduniaan ketika itu, aku cukup paham dengan hanya memandang raut wajah ibuku yang kepenatan sambil bermandikan peluh. Begitu besar pengorbanannya. Beliau berjaya menyekolahkan anak-anaknya. Setiap tahun pakaian raya pasti disedia. Pakaian sekolah pasti bertukar. 

Abah ku bukan tidak bekerja. Berkhidmat sebagai pengawal keselamatan, Beliau hanya mampu menyara duit ubatnya. Sebelum Abahku terkena serangan jantung 1998 an, keluarga ku tidaklah sesusah selepasnya. abang ku ada yang terpaksa berhenti sekolah. Mungkin untuk memberi peluang kepada adik2 untuk meneruskan perjuangan. Selepas peristiwa itu, Ibuku mengambil alih tugasnya.

"Assalamualaikum Mak~"

Tiba-tiba air mataku sudah membasahi pipi. Kerinduan kerana berjauhan amat memeritkan, tambahan pula hari Ibu menjelang tiba. Kedengaran suara ibuku sayu-sayu kesebakan.. Seperti beliau tahu kesulitan kehidupanku. "lat dah makan?.." aku menjawab sudah.. Aku tidak mahu ibuku bimbang akan diriku. Aku terpaksa berbohong.. Maafkan lat mak~.. Dek kerana permasalahan mereka, aku yang menjadi mangsa. Akibat keperhatinan aku, aku terbabit dengan kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Aku berjanji, aku tidak akan bekorban lagi.. cukup~

Aku tidak pernah berahsia apa-apa dari ibuku. Baik buruk, luar dalam, sudah terpahat di dalam ingatan beliau. Aku mula menceritakan permasalahan yang timbul. Tiba-tiba, suara ibuku bertukar sebak.. 

"Mak jauh.. kalau lat kat kampung, boleh la kita kutip pucuk ulam  kat belakang rumah untuk dijamah.."

Walaupun Ibuku tidak boleh berjalan akibat dilanggar lori setahun lepas kerana mencari rezeki, beliau tetap mencari jalan untuk meringankan bebanku. Tetapi, aku menolak. Aku terlalu dimanjakan. Semua kemahuan ku dipenuhi. Hinggakan ada orang tidak percaya aku anak kepada Pengawal keselamatan dan pekerja kebun.,..Ibuku amat kuat. aku terlalu sedih diatas kejadian yang menimpa ibuku, tetapi aku percaya ada hikmah disebalik kejadian ini. Allah mahu merehatkan ibuku untuk tidak terus bekerja kuat.,Subhanallah~ kehidupan ibuku dipenuhi dengan linangan ari matanya sendiri. Mungkin merintih nasib, tetapi beliau tidak pernah berputus asa apatah lagi menyalahkan takdir.. Aku pernah terlihat ibuku mengangis kerana tidak dapat memenuhi permintaan salah seorang abang ku. Walaupun tidak sepenuhnya, beliau tetap berusaha untuk memenuhinya. Dah 20 tahun aku dimanja, sebab itu aku mengambil keputusan untuk cuba hidup berjauhan. walaupun tidak mampu, aku tetap meneruskannya kerana percaya sabar adalah kunci segalanya. Aku mahu kuat seperti ibuku. 

Rinduku sedikit terubat selepas dapat bercakap dengan mak dah abah.. Aku amat menyayangi mereka berdua lebih dari segala-galanya. 


SELAMAT HARI IBU MAK~ 


Mak adalah segalanya.. Lat sayang mak sangat-sangat.. Lat akan ingat segala pesan mak.. Lat akan cuba mengubah nasib keluarga kita mak~

35 comments:

Anonymous said...

din , ang jgn sedih.. aku paham perasaan walopon xmgkn aku rasa sepertimana ang rasa... kuatkan diri ang din.. insyaallah ang akan boleh tempuhi semua ni jugak... aku doakan ang akan berjaya dan dilimpahkan rahmat olehNya.. Din kuat kan semangat.. cekalkan azam.. Allah sentiasa disis ang...

myravea said...

Be strong! Tergamam baca entry ni..

Shamsuddin Amin said...

tumpang sebak... huhu
tu la pengorbanan sang ibu...
hari2 adalah hari tuk ibu...

Elmoluya WutWut said...

ok patutlah ang nanes. :'(

~YoN~ said...

din aku doakn prgorbanan ang dblas dgn kbaikan dr allah..mnkun da hikmah blaku smua ni....sdih nya aku..walaupon aku dh khlngan mak aku dh 10 taun..aku dpt rsakn prgorbanan mmbsarkn aku amat prit...aku sdih pa yg blaku kt ang..aku sntiasa skong..kuatkn smangat...ingt msa dpn kluarga ang..jgn putus asa....da pa msalh cba bg tau kt aku....klau aku bleh tlng sdya upaya aku.....wlaupon raub wajah ang cria..aku dpt rsakn kpritan lam hati ang....

fieyNa fieyZu said...

sayangi lah ibu selagi mereka masih bernyawa.. :)

fieyNa fieyZu said...

sabar ye... tabahkan haty..

Harfiz said...

Jangan sedih2!
Kesedihan yang melanda merupakan suatu ujian yang perlu ditempuhi dengan minda yang rasional!All the best...

nurelinda said...

adoii sedihnyerrr :(

Norasiah Nasir said...

serius masa bc entri ni mata saya berair..kuatkan semngat!!

yad'z said...

be strong.... tabahkan diri... one day pasti buat mak bangga kan.. tak moh nangis.. (^_^)

miss atie said...

terdiamm kut bce ni . kuatkan semangt okey . ta smua indah dlm dunia ni . ckup indah kalau kite menghargai mereka . :)

Farierahasanz said...

ohh , sesungguh nye . lam aty ku ade taman.!!! sedey wei . .
be strong keyh. . tiap ujian ade hikmah nye . Tuhan syg kn kaw sebab tue Dia uji kaw . .
byk kn berdoa . . tulus kn aty tuk terime ujian Dia . . jgn salah kn takdir keyh . .
ktorg sebagai kwn2 kaw akn sokong kaw dr blakang . . even kite taa penaa knl dlm alam nyata ..
adeh.!! sob sob .. meyh kasi aku tisu .. daa meleleh nie .. wuu =(

fierapirot said...

sob..sob..(kesat hingus kat baju)..be strong..kuatkan diri..=)

Farid Haron said...

insyaallah kalau kita ingat kat orang, orang ingat balik kat kita :) be strong kay.

shakilaanura said...

ouhh my,, keep strong yeahhh~~ :) jangan sedih3..

Noraien said...

be strong yea..tabahkan hati din k !ape yang terjadi pasti ade hikmahnyer..

sabar lah hadapi ujian ALLAH nie !

selamat hari ibu tok mak din..semoga ALLAH melindunginyer selalu ~ (:

jgn bersedih tau....

Awangku Johan said...

salam ziarah dan salam perkenalan.. rasa terharu membaca bait2 ayat yg lahir dr sanubari kamu ini.. Saya tumpang sedih bersama.. insyaallah, ada hikmah d sebalik semua ini.. saya harap kamu sentiasa kuat tuk hadapi semua ini yaaa.. buktikan yg kamu ini blh.. so sntiasa sabar tuk menghadapi ujian dari ALLAH ini.. semuanya ini dah d tentukan di La Mahfuz.. suatu masa nanti akan terjawab segala pengorbanan dan penderitaan awak.. insyaallah..

saya follow blog awak yaaa..

selamat hari ibu tuk mak din... smoga Allah melindungi ibumu.. jangan persia2kan sgala pgorbanan beliau...

Awak bernasib baik masih mempunyai ibu.. oleh itu, hargainya.. saya ini tak tau d mana nk menerima belas kasih ibu.. ibu dah lama tiada.. telah pergi dahulu sebelum melihat anak2nya berjayaa... hanya doa ku bekalkan buat ibuku di sana.. Al-fatihah..

tqa_tqi said...

sabaQ2 ye...
hurm...
bw here....

cik pulau said...

be strong k..
^^,

[k]o{q}i[n] said...

be strong.. u r a man now. kwn2 ade, papehal aloo je. ssh sama2, sng sama2.. lgpun bkn jauh pun.. ok din..

mahirahnazlim said...

aku tau kau kuat ! ade pape , kwn3 ramai yg boleh tlg kau oke :) jaga diri . mak ayah kau nak tgk kau berjaya kau kena strong .

Rozuan Ismail said...

lat,sabar ye.terharu wan dengar cerita lat.maaf sebab wan titiskan air mata dengar cerita lat padahal lat yang melalui semuanya.

rupanya-masih ada yang lebih menderita dari wan.bersyukur kepada tuhan.buat lat,kita senasib.

wan pon selalu bohong ibu katakan wan sudah makan bila ibu bertanya,padahal wan ikat perut tahan lapar.

itulah dugaan bagi kita lat. Semoga Allah SWT memberkati kehidupan Ayah dan ibu lat. Semoga Allah SWT juga murahkan rezeki lat sekeluarga.Amin.

KyêrulL said...

aiyakkk :') terharu aku baca entry niE.. bertuahnya parents kau din.. setiap kita ada dugaan masing².. aku harap kau tabah menghadapi semua ni yea ^.^

Syafiq Rosli said...

bro..kawan2 masih ada..jgn risau k..kteorang support..truskan perjuangan..

NURUL NATASYA AMIR said...

Der jgn nangis buleh tak.wuwu T__T
i doakan yg terbaik utk u der.Be strong yaahh ! =)

eyka said...

awak kne kuat..sabar tau awak...eykan aka selalu doa utk awak n keluarga awk..senyum:)

Azmie said...

OMG.. type komen neh sambil nanges gak.. semua yg berlaku pasti ada hikmahnya din.. semua org ada waktu2 keperitan dlm hidup mereka.. begitulah cara kita kenali erti kehidupan sebenar.. tabahkan hati kuatkan semangat.. kita sama2 hidup di perantauan.. sy percaya hidup kamu pasti lebih bermakna nanti.. sy doakan kamu berjaya dalam hidup.. be strong k.. esok ptg bru sy nk smbut hari ibu.. dgr suara mak tadi mcm x sabar tunggu anak dia balik.. mak.. amy balik esok..

muhammad iqbal hakimi bin tahir said...

tabah bro..kuatkan semangat!..ingat Allah swt sentiasa bersama kita =)

gynaecology83 said...

ermmm...terharu + sedey... tingat kat mak di kg yg juga byk berkorban demi anak2 dan family... bebyk saba okeh, susah sekarang tak semestinye susah mase depan, insyaALLAH ada kebahagian yg menanti...

Si GaJus!!! said...

din~kuatkan semangat ko erk...

Anonymous said...

keep fighting..!
gambate uh! ^_^

HeziqaMushadadLee said...

kite kawan kan..keep strong din!

Muhammadnuraizuddin said...

slm,
Sampai ke hari ini, masih ada orng view entry hari ibu nie.. Thx alot korang semua..segala nasihat dan sifat ambil berat korang terhadap aku amat aku hargai dunia akhirat.. Insyallah.. Terima kasih smua.. :)

hafizulhakim said...

sedih r baca entry ni..
be strong kawan.
:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...