Friday, April 1, 2011

Jiran mungkin diculik,. Aku blur xtahu!!!

Assalamualiakum...

Semangat kejiranan pada masa kini kian hilang. Pada suatu ketika dahulu, Jiranlah menjadi tempat berkongsi masalah, kegembiraan , makanan dan banyak lagi. Tetapi, ia hanya diwaktu dulu. Jika ada pada hari ini pun, hanya wujud di kawasan-kawasan perkampungan. Tidak dinafikan ada juga dikalangan orang bandar mengambil berat mengenai perihal jirannya, tetapi ia hanya minority. Yang memudarkan semangat murni ini ialah disebabkan pemikiran dan juga kesibukan aktiviti harian. Ada juga yang tidak mahu mengambil tahu perihal jiran kerana takut di COP menjaga tepi kain orang. Aku sendiri takut dicop sedemikian.



Entry kali ini bukanlah bertujuan untuk bercerita mengenai semangat kejiranan. Tetapi mengenai jiran sebelah pintuku. Dia seorang lelaki yang masih muda berumur 20-an yang bekerja di Di westport, Klang. Aku mengaku kepada anda semua yang aku tidak pernah bertegur sapa dengannya. Apabila terserempak, aku hanya melemparkan senyuman manis bagi tidak dicop sombong. Lagipun, aku nie seorang yang penyegan dan pemalu bagi memulakan conversation dengan orang yang aku tidak kenal. So, hanya mengharap dia menegur terlebih dahulu. *sampai kesudah kami tak bertegur sapa walaupun lebih sebulan dia di kejiranan ku.

Sejak 2 menjak ni, aku jarang melihatnya pulang kerumah. Mungkin dia bekerja hingga ke malam kot. Nak dijadikan cerita, selepas aku pulang dari ofis tadi, aku melihat sebuah kereta di hadapan deretan teres rumah aku. Lalu, aku me'parking kereta bersebelahan kereta tersebut. tiba2, ada orang menegurku..

"Assalamualaikum adik" seorang makcik menegur.

"Wslm," aku menjawab tersipu-sipu.

"Adik tinggal di rumah nie ke?, adik kenal kan uddin yang tinggal sebelah nie." #bukan nama sebenar .

"kenal macam2 tu ja makcik~"..Jawab sambil menggaru kepala.

Sebenarnya, makcik itu adalah ibu kepada Jiran yang aku ceritakan tadi. Anaknya hilang hampir 5 hari tanpa khabar berita. Tidak ke tempat bekerja, Gagal dihubungi, tidak pulang ke rumah, dan boleh dikatakan tiba2 ghaib. Memang menjadi tanda tanya. Ibu dan keluarganya telah mencari di merata tempat dan bertanyakan orang-orang di dalam pulau ini. Tetapi tidak berhasil. Rakan-rakan sekerjanya pun tidak tahu mengenai keghaiban dia. Laporan polis telah dibuat dan masih didalam penyiasatan disamping ahli keluarganya berikhtiar mencari. 

Serius, aku terkejut besar. Patutlah dah lama tak nampak dia balik ke rumah. Ada sesuatu yang berlaku rupanya. Betapa ceteknya semangat kejiranan didalam diri aku. Astagfirullahallazim.. Dan sekarang, nasib dia  masih tidak diketahui. Aku bersimpati dengan keluarganya, Tambah2 si ibu, menangis mengenangkan nasib anaknya. Kes ini diserahkan kepada pihak polis. Dan harap2, pihak polis menjumpainya tanpa sebarang kecelakaan. Amin...

P/S : Kita perlu mempunyai semangat kejiranan sesama jiran tak kira warna kulit, bahasa yang dituturkan, umur, pangkat dan sebagainya. Jiran adalah orang yang terdekat yang boleh diminta bantuan jika sesuatu kecemasan berlaku. Kepentingan jiran sangatlah banyak. Perkembangan mengenai kejadian kehilangan jiran aku akan ku cerita di sini dari masa ke semasa.. Moga Allah melindunginya..Selamat beramal, Wslm.

17 comments:

Norazizah said...

Penting semangat kejiranan tu.
Senyum dan bg tau keadaan cuaca hari tu :) Idea purba...

Follow Me, I Will Follow You

~eRna daRL!ng~ said...

~hope 'dia' selamat~

Hanim Mahali said...

Semoga jiran tu selamat hendaknya... Amin ~

lylaROCKprincess said...

jiran itu penting..
kalau ada apa2 hal yg berlaku jiran plg senang utk tolong...
huhu...

incik mumu said...

dulu duduk kawasan kejiranan yang sangat ramah..
now duduk kat kawasan kejiranan yang kao-kao, ako-ako..

p/s : errr.. jiran kao keje westport..?? and kao cakap derang cari kat 1 pulau..?? kao duduk pulau indah meh..??

ich bin che ya said...

rumah jiran aku kena rompak pagi semalam .. kerugian rm 20k!.. simpati dgn jiran aku.. tp masalahnye jiran aku ni cm tak cmpur org... itulah pentingnya semangat kejiranan ni.. skang ni kalau kat bandar terutamanya.. ramai da lupe dgn konsep ni ... seharusnya kita memupuk semangat kejiranan yg jitu.. kalau susah boleh mintak tlg antara satu sama lain.. bukannya *gosip* je!

MR. SYAH said...

aku pun tak kenal jiran sebelah rumah sewa aku ni..
tapi dorang bekerluarga jadi tak risau sgtlah kot.. hehehe...

harap2 jiran kau tu selamat..

alynn malynna said...

memang penting jiran nie...sekurang2nya kita boleh bertukar no phone mana tau kalau2 ade apa2 kecemasan..

hpe keadaan jiran kamu selamat hendaknye...:) salam perkenalan...

Anonymous said...

salam...xsaba rse nye nk tau ape jd ngn uddin bkn name sbnr tu...

Muhd Fadil said...

memasing skg buat hal sendiri je kan?

Muhammadnuraizuddin said...

norazizah = purba tak buat mcm tu aku rasa. sebb dulu2 kan jiran dijadikan macam adik beradik.

erna = harap2 mcm tu la..

hanim. = harap2 dia selamat..kesian tengok mak dia..

lylarock = betoi tu..jiran orng yg paling dekat masa tu.

incik mumu = haah.aku stay pulau indah.

nad = aku sokng tu. kesian kat jiran hg kan.. 20 k tu kerugian..

syah = itu hg yg kene beria ngn drnag..sebb dorng leh tolong apa2 kalau hg perlukan pertolongan..usya2 rumah ke, apa ka.

alynn = betoi tu..salam perkenalan.

cik anon = sabar ye..masih tiada perkembangan..

fadil = itulah orang muda2 zaman skrng..haish.

NuReLLe said...

aiyokkkk pakcik Din..mst nnt polis soal siap ko..... erkkk.. #tetibe..

semoga dia selamat...:)

SitiNurIzzati said...

wah ! macam baca ktas karagn bhase mlayu lak:P ape2 pun,sbnarnyer jiran nie pntg.so,klu nak pndah umah bru ker..tgok dlu jiran camne.nnt papehal sonang !

Faziera said...

moga2 dia selamat.. ^__^

hqfizulhqkim said...

harap xda apa2 :)

conbellydiobeterisme said...

harap harap la die takde ape2 :) .tu lar ,kenkadang nak tgur jiran pon cam susah gak ,masing2 tgu tegur same tgur susah jadinya...kita doakan die selamat.:)

Muhammadnuraizuddin said...

izzati = ihhihi..amboi2..perli na..ihih..

faziera = insyallah..

hqfizulhqkim = harap2..

jamban = itulah..fuh, harap dia selamat.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...