Saturday, April 23, 2011

BAHANA ORANG TIDAK BERTANYA

Assalamualaikum...



Entry kali ini, aku nak cerita mengenai bahana orang tidak bertanya..Bak kata pepatah melayu, malu tertanya sesat jalan... Tetapi, aku bukanlah sesat jalan, kerana aku menggunakan PLUS untuk ke upsi. Kuar dari plaza tol pun ada signboard ke UPSI... :) Apa ada hal...hahaha.. if sesat pun, dalam Malaysia jugak kan..ihihi..tak sampai Nepal pun.~

Berbalik pada tajuk entry ini, aku nak share ngan hampa-hampa semua mengenai kejadian yang memalukan ketika aku pergi sesi temuduga di UPSI. Kejadian berlaku kira-kira jam 8.40 pagi. Aku memasuki UPSI dengan bergayanya sambil sebelah tangann di angkat bagi tanda hormat kepada parkguard di sana. Di dalam fikiran aku, memang aku mahu bertanya di mana lokasi temuduga. Tetapi, action + malu punya pasal, aku menonong drive mengekori bontot kereta di hadapan aku.. Tetiba, aku terlihat satu papan tanda yang memaparkan tulisan " temuduga " sambil anak panah menunjukkan ke arah tempat tersebut. Sampai di bangunan berkenaan, aku pun mencari parking dan terus mentacap muka n pakai tie..ahhaha.. Setelah selesai, aku mencapai folder2 yang telah disiap sediakan untuk penal menelitinya. Tanpa membuang emas / masa ,aku melangkah segak keluar dari kereta dan menuju ke pintu dewan temuduga.

Hati aku berbisik~,. "ramai gila mai intervw.." yes, memang ramai orang2 di situ memegang folder2 seperti aku bagi sesi temuduga. Awek ramai woooo... #covermacho.. Setibanya aku di pintu masuk, Automatik kepala aku jadi blur.. tak tahu mana arah yang patut aku tuju.. Banyaknya partition kat dalam tu.. Aku pun melangkah masuk dengan kaki kanan sambil muka ketat@macho... Tiba2, aku terlihat ada satu memo di dinding yang menyatakan "Temuduga diploma bla..bla..bla.. sila beratur..."

fuh!!!!!!!! Malunya~ silap tempat temuduga rupanya.. Patut la ramai gila tadi.. rupa-rupanya, interview untuk pengambilan pelajar diploma.. Cait.. nasib baik aku cukur misai / janggut, awet muda la sikit..taklah orang perasan..haish! silap aku jugak..sebab tak mo bertanyakan pakguard di luar parking tadi..Dengan muka merah padan, aku pun meluru ke arah salah seorang parkguard dan bertanyakan di mana tempat temuduga bagi jawatan ___________________ . Dan tenyata aku tersalah perhitungan. Di bangunan lain rupanya. Tanpa membuang masa, aku pun tersipu malu pergi ke bangunan tersebut... nasib baik tak terlambat der~ haish!..nyesalnya awal2 tak tanya~

P/S : Dalam apa juga perkara yang anda lakukan, even anda berjawatan tinggi / berdarjat / otai / senior or what so ever, janganlah anda sombong dan bongkak kepada orang yang anda anggap tidak sehebat / setanding anda.  Even anda lebih power daripada orang lain di dalam bidang berblogging ka, bervlogging ka, pelajaran ka, apa ka, anda perlulah respect / menerima pandangan dan nasihat orang lain juga. Ini kerana, mungkin ada seperkara dua yang orang lain lebih arif daripada anda.. Dan janganlah malu bertanya, kerana malu bertanya akan menyebabkan kita sesat bukan sahaja di jalan raya, bahkan di UPSI juga.. Tetapi, malu dari aspek lain amat bagoih..ini kerna malu itu perisai orang beriman..ihihihi~Selamat beramal, Wslm.


14 comments:

FiQx said...

ahad datang! sekian

myhardday said...

buat muka tak bersalah je..hahaha...XD..

Muhammadnuraizuddin said...

fiqx = ahhaa..tengok lah mcm mana nnti..

myhardday = itulah..dah habis cover dah tu..

aslann said...

banyak kesalahan tatabahasa dan perkataan dalam entri ni. nak gtau tu je. okbai.

AimanAriffin said...

haha betul tu! they say if you ask even the stupidest question, you will only be stupid once. But if you dont ask at all, you will be stupid forever! lol

muhammadnuraizuddin abdulrahman said...

aslan = terima kasih.. #aku rasa nak sekeh hg laju2..

aiman = aku sokong..tp, mcm perli aku ja nie..ahhahaa...

NuReLLe said...

kat sini pun c tetopek smpt jemput g "kenduri kahwin dia ahd ni"...haha..:D

Norasikin said...

Malu sendiri tak apa. Bukan ada orang lain tau kalau tak baca entri ni

srikandi cinta said...

tq nasihat tu..best :)

Anonymous said...

naseb baik, naseb baik... kalo x, xpasai2 tukaq profesion..hahahha

psis@tepeng

Anonymous said...

naseb baik, naseb baik... kalo x, xpasai2 tukaq profesion..hahahha

psis@tepeng

UBM said...

hahah tu la kamu~ malu2!

Muhammadnuraizuddin said...

yani = hg tau takpa..rimas aku..ahahah

norasikin = tol gak kan..tp, entry ni bukan nak memalukan aku okey..ihih

sikandi = gud luck ye..tq..

ijat = ahah..itulah..ihih

UBM = ahaha...mana ada malu sangat.

munira sajuti said...

ye, betol kata aslann,, kesalahan tatabahasa yang terlalu er er yang tak dapat dimaafkan. okayybye

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...