Tuesday, April 5, 2011

Agenda Pengarang HIKAYAT MELAYU

Assalamualaikum..


Hikayat
Hikayat adalah hasil kesusasteraan melayu lama. pada umumnya, hikayat dicipta tanpa diketahui nama pengarang dan tarikh dikarang. Hikayat mengadungi ciri-ciri kesaktian, keberanian dan kegagahan wira yang luar biasa. Pengarang juga melukis jelitawan-jelitawan puteri raja, kegagahan hulubalang dan bala tentera yang tidak terkira banyaknya.

Memang tak masuk akal semua kejadian2 aneh yang berlaku didalam pertempuran yang terdapat didalam sesebuah hikayat. Sebenarnya, tujuan penulis mengarang dengan cara sedemikian kerana ada agenda tersendiri. Contohnya, Puteri Gunung Ledang dan Sultan Melaka. Sebenarnya, kesahihan cerita mengenai syarat yang diminta oleh Puteri Gunung Ledang memang tidak dapat dibuktikan. Jika penulis tersebut mempunyai agenda, ramai yang tertanya-tanya mengapa penulis mengarang sedemikian kan?.. Sebenarnya, jika kita meneliti maksud yang ingin disampaikan oleh penulis, kita akan mendapat jawapannya.


Sultan Melaka sanggup memenuhi segala syarat Puteri Gunung Ledang kecuali suatu perkara. Di sini, jika kita menelitinya, si penulis mahu menyampaikan ketidakpuasan hatinya mengenai POLITIK. Sebagai contoh, Pemimpin akan melakukan apa sahaja untuk kepentingan sendiri dan semestinya rakyat yang menjadi mangsa dan ditindas. Anda semua cuba bayangkan, jika Sultan Melaka bersetuju dengan syarat-syarat oleh Puteri Gunung Ledang, tenaga siapakah yang akan dikerah untuk membina jambatan yang tak masuk akal tu, dan syarat2 yang lain. kan?


Beberapa Hikayat melayu yang popular 

HIKAYAT MERONG MAHAWANGSA

HIKAYAT HANG TUAH

HIKAYAT SERI RAMA

P/S : Melayu pada masa dulu penuh dengan adat sopan dan santun. Jika ada sesuatu perkara yang tidak puas hati, Inilah caranya untuk menyampaikan ketidakpuasan hati mereka itu. Begitu berkias dan menjaga hati masing-masing. Tetapi, tidak untuk masa kini. Dengan kemunculan teknologi-teknologi yang hebat, begitu senang untuk memaki hamun dan sebagainya. Suami isteri bercerai hanya dengan satu SMS, Saudara mara tidak bertegur sapa dengan satu post di facebook.Yang menyedihkan, budak sekolah rendah pun pandai mencarut kat cikgu dalam laman-laman sosial seperti facebook dan twitter. Kan? fikir-fikirkanlah, Selamat beramal, Wslm.



3 comments:

Anonymous said...

wah info yg menarik!!!!
BENAR BAGAI DIKATA!!

psis@tepeng

lylaROCKprincess said...

hikayat melayu lama mmg xmasuk akal kalau difikir secara logik..
tetapi kalau diteliti betul2 kita akan nampak mesej sebenar yg ingin disampaikan...
ada makna tersirat disebalik hikayat melayu lama ini..
huhu...

Muhammadnuraizuddin said...

ijat = ahha...tq2..

lylarockprincess = ihh..mcm copy past ja ayat kat ats..ihih

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...