Thursday, March 10, 2011

Walau di England, Taiping tetap diingatan.

Assalamualaikum..

Pagi yang indah ni, aku menikmati udara segar di halaman rumah. Dah hampir sebulan aku tidak pulang ke Kampung akibat sibuk dengan rutin harian di kota. Jam 8 malam, aku ke terminal bus di Klang bersama oficemate yang kediamannya sekitar kawasan tersebut. tetapi, Malang menimpa kerana tertinggal bus dan terpaksa mengejarnya ke shah alam. *fuh, nasib baik sempat. Setibanya aku di taiping, abang ke-5 sekali gus merangkap pengatin pada majlis kali ini datang menjemput di hentian bus. Ketika itu, Jam telah menunjukkan pukul 0030. Aku bukannya malas untuk drive balik seorang diri ke Kg. tetapi, aku tidak sanggup untuk menyiksa kereta aku yang sedang sakit. Lagi pun, aku risau dia pengsan di perjalanan.. *tak ke naiyya..ihihih..

Setibanya aku di hadapan pintu rumah, aku disambut riang oleh kedua-dua ibu bapa ku..rindu yang mencengkam kalbu diubati di saat itu juga. Yelah, aku mengaku, aku adalah seorang anak yang manja dengan kedua-dua orang tua. Biasalah, anak bongsu. Secara tidak langsung, kerinduan kg. halaman terubat. Sebab itu wujudnya pepatah melayu "sirih pulang ke ganggang.." betoi ke, aku lupa~serius.. Dimana aku berada, walau di England, Taiping tetap diingatan. Tanah tumpah darah..Bagi aku, tempat lahir adalah tempat  yang selamat dan selesa bagi seserang insan..




Info : Nama Taiping diambil sempena nama sebuah tempat di China iaitu Taipie dan Taiping adalah bandar tertua di Malaysia disamping bandar paling banyak menerima hujan.

P/S : Meh la datang Taiping..cuti-cuti malaysia..mcm2 ada..ihihih.. *entry simple sebb sibuk dengan persiapan kenduri.




14 comments:

apezs shah said...

Salam

Hehehe nak ketawa atau nak nanges ni.
Kite sekampung rupenya.. Jadi hye dan selamat org kampung ku.. Mmg laa rindu pada org tua kan.. nama pon darah daging..:)

syairahmohdanuar said...

wahh!siap ade sejarah taiping.hoho :D

Syakir Rahman said...

la...org taiping upenye....hahaha

nurul lalala said...

hopefully majlis abg ko berjalan lancar...

p/s: ko punye majlis bila plak? ha ha ha

ich bin che ya said...

hhaha England perghhjauh tu..
mari cuti2 malaysia ke tepeng!.. Tasik tepeng cantik!..teringin nak makan murtabak yg paling sedap kat situ la! haha

black butterfly said...

rndunye nk blk kmpg~~@_@

adwafarahin said...

ya sumpah sye rindu tmpat kelahiran n tmpat sye membesar TAIPING!!

insyaAllah akn pulang ke sne bln 4 nie :)

Nadhirah-chan said...

semoga kenduri tu berjalan lancar ek :)

Faziera said...

laa..ko orang taiping rupenye..
same lah kite orang perak ye..haha

tapi apasal ko cakap style kedah?hohoho

Muhammadnuraizuddin said...

apez = lah, yaka..ahha..hg pengsan je lah senang..haha

syairah = alang2, promte skali..ihih

syakir = ahaha..haah, taiping mali..

lalala = aku lambat lagi..ahaha

nadiah = ihihi..meh la kita ramai bercuti di taiping..

ramaitam = apa lagi..balik kg je lah..ihihih

adwa = taiping jugak ke?ihih..

nadhirah = ihiih....tq..

nona hidayah said...

saye orang teluk intan, hehe *tetibe jek*

tp dulu ponah belajar kat taiping.
oh, bukit larut. sudah lama ku tidak ketemu sama kamu..

black butterfly said...

xblh nk baliklaa~~jauh..jauh3x..sob3x

muhammadnuraizuddin abdulrahman said...

nona = aku yg orng taiping pun tak pernah sampai puncak bukit larut..ahhha

ramaitam = lah, yaka..hg kat mana skrng?

black butterfly said...

kat ganu laaa..sob..sob...nk blik,mak xkasi blik..T_T

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...