Saturday, March 5, 2011

Wajah Pembunuh Suami Muncul Dalam Mimpi Isteri..

Assalamualaikum.....

      Pada petang Ogos 1962, Ruth Ammer berdebar-debar semasa membungkus makanan untuk santapan suaminya, Joseph Ammer. hatinya merasa tidak sedap. Jantungnya berdegup kencang. ruth merasa risau dan takut. Semuanya berpunca daripada mimpi yang dialaminya sebentar tadi. Semasa menunggu kepulangan suaminya untuk makan tengah hari bersama, Ruth tertidur sebentar. 



      Dalam tidurnya, wanita itu bermimpi melihat suaminya dipukul bertalu-talu dengan penukul sehingga mati. suaminya menjeri-jerit meminta tolong, menahan kesakitan yang amat sangat sehinggalah terkulai layu. Ruth nampak jelas wajah si pembunuh suaminya itu. Sebaik terjaga, ruth merasakan mimpinya itu bagaikan benar-benar berlaku. Perasaannya aneh sekali. Seolah-olah, ruth telah menyaksikan saat kematian sebenar suaminya.

     Dahinya berpeluh, tangannya menggigil menahan ketakutan sejurus terjaga. Hati Ruth semakin tidak keruan apabila suaminya yang memiliki kedai membaiki kasut tidak juga pulang. Setelah siap membungkus makanan, Ruth segera keluar menuju ke kedai suaminya yang hanya terletak selang beberapa blok dari rumahnya. Bila sampai di situ, Ruth terkejut melihat mayat suaminya diikat dengan benang yang digunakan untuk menjahit kasut.

     Tubuh suaminya dipenuhi luka akibat hentakan benda tumpul. Darah terpercik di merata tempat dalam kedai itu. Penukul berlumuran darah yang digunakan sebagai senjata pembunuhan terletak bersebelahan mayat suaminya. ruth menceritakan mimpinya itu termasuk ciri-ciri si pembunuh kepada pihak polis. Ruth yakin, lelaki di dalam mimpinya itulah pembunuh suaminya. Malangnya, pihak polis tidak begitu menghiraukan ciri-ciri pembunuh yang diceritakan Ruth. Ini kerana apa yang diceritakan Ruth tidak masuk akal, ia sekadar mimpi belaka.



     Tanpa diduga pihak polis berjaya memberkas pembunuh berkenaan semasa sedang membersihkan kesan darah pada tangannya selepas membunuh Joseph. Ternyata segala maklumat yang diberi Ruth berkaitan pembunuh itu semuanya tepat termasuklah warna baju si pembunuh tersebut. Sekalipun informasi dari pada mimpi Ruth tidak boleh dijadikan bahan bukti pendakwaan di mahkamah, namun wanita itu berpuas hati apabila si pembunuh menerima hukuman setimpal dia tas jenayah dilakukannya.

Sumber dari mastika


P/S : Mimpi adalah mainan tidur..Tetapi, didalam kes ini, sukar untuk dihujah dan dipertikaikan. Adakah ia suratan atau  suatu kebetulan.?

12 comments:

Anonymous said...

mmg mimpi mainan tidur tapi ingat dalam islam pon mimpi ada membawa maksud2 tetentu..malah dalam kisah2 islam jugak ada menceritkan ttg kejadian mimpi sewaktu tido..

psis@tepeng

black butterfly said...

bgslaa si isteri..ader 6 sense..,tpi cian..@_@

Muhammadnuraizuddin said...

ijat = betoi2..aku skong..

rama2itam. = ihhih..yeke..wah, hebatkan si isteri nie..itulah, tp, kesian..

kaizen said...

x semua mimpi tu mainan...
mimpi juga kdang kala memberi petanda...

Muhammadnuraizuddin said...

kaizen = betoi2...tp, tak semua la kan...

kaizen said...

terpulang pd diri masing2...

DaHLia said...

tido petang tadi mimpi ada secret admire..
agak2 betul x ek..hehe

mascaraq said...

ooooo macam cite the mentalist/csi je. haha

yna fazlyna said...

mimpi mainan tidor tapi mlm semalam aku mimpi pakwe hensem wlwpun mainann tido tapi aku asyik terkenangkan pakwe hensem tu je..

Muhammadnuraizuddin said...

kaizen = ye...ikut kefahaman masing..kadang2 ada yang obses psal nie..tp, kadang2 wat tak tahu je...ihhh

dahlia = ahhha..aku pun taktau..sbb bukn tukang tilit..ihihih..

mascaraq = entah..crita apa tu..aku tak pernah tngok..uhuhu

yna = iihihi..yelah, sebb hensom.tu cuba tak hensom..ahaha..agak2, terkenang tak.ihihih

aslann said...

zZZZZzzZZzZZZ.

Muhammadnuraizuddin said...

aslan = ahaakhakha..weh, spegathi sedap..asal hg tak pelawa aku untuk bungkus..aku telan kat sungai 4 kali..kat umah eman skali..ahhaha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...