Tuesday, March 8, 2011

Terjah Warga Kota Merempat Tidak Berumah...*hati tersentuh~

Assalamualaikum...


Kuala Lumpur gah terkenal di serata dunia..Jika anda di luar negara,  sebut sahaja Kuala Lumpur, tentu semua orang tahu itu adalah mercu tanda Malaysia yang dihiasi oleh bangunan pencakar langit  KLCC dan KL Tower. Tetapi, disebalik kejayaan ini, ada serpihan-serpihan keperitan yang dialami oleh warganya yang telah memulakan langkah kiri didalam mencuba nasib. Aku tergerak hati untuk mencoretkan perkara ini kerana telah terbaca sebuah artikel yang amat menyentuh hati.Apabila seseorang itu terfikir untuk mengubah nasib kehidupan, terdetik difikirannya untuk berhijrah ke kota yang dianggap akan memberi peluang pekerjaan dan ganjaran lumayan. Tetapi, seperti yang aku katakan tadi, jika tersalah langkah, padahnya akan menanti.

Rumah mereka di mana-mana sahaja.Di mana langkah kaki terhenti, di situlah tempat mereka berehat dan tidur. Sedih bukan???tetapi, itulah realitynya..didalam kita bersuka ria, ada yang berduka. Apabila larut malam menjelma, bergelempanganlah jasad bernyawa memenuhi laluan pejalan kaki dan di kaki lima. Apabila diterjah, berbagai-bagai sebab yang dicerita. tak kurang yang lari bergelimpangan.


Kenapa Tidur di sini?
Seperti biasa, jawapan mereka adalah tiada rumah. Tak mampu untuk menyewa rumah. Apatah lagi nak membeli..

Apa pekerjaan yang dilakukan?
Macam-macam mereka lakukan. Contohnya, kutip tin, kotak dan sebagainya. Tetapi, ada juga yang mempunyai pekerjaan seperti Pengawal keselamatan, Kilang, jaga parking dan banyak lagi.


Tetapi, ada juga mereka-mereka yang tidak bernasib baik ini seronok tinggal di jalanan. Katanya, bab makanan tidak perlu dihiraukan. Ini kerana pihak NGO hari-hari Memberi makanan dan minuman serta peralatan keperluan harian seperti ubat gigi, sabun, shampoo dan banyak lagi. Yelah, Kalau negara asing pun kita boleh tolong, takkan warganegara sendiri nak diabaikan. Betul tak?..Tiada siapa yang mahu hidup merempat. Tetapi, apa kan daya. Tak semua nasib yang diterima baik. Ada di kalangan mereka yang dulunya mempunyai keluarga. Tetapi, apabila masalah timbul dan berlakunya penceraian atau kematian, mereka mula ke kota untuk mencari ketenangan. Ada juga kerana baru tiba dari kampung yang tiada arah tuju untuk memulakan langkah. Tidak kurang pula yang diberhentikan kerja yang pada asalnya tinggal di asrama. Yang memang bertahun-tahun menjalani rutin harian seperti ini belum diceritakan lagi..Fuh, kalau dicerita, sampai esok pun tak habis..

Mereka bukan tidak berkeluarga. Tetapi, niat murni hati kecil mereka ada yang berkata "biarlah pakcik hidup begini. Pakcik taknak susahkan mereka"..Tersentuh hati bukan?aku yang keras hati ini pun boleh nak menangis kalau diberi jawapan begitu. Dikalangan mereka ada yang memohon bantuan, tetapi di anak tiri kan. Ada dikalangan mereka yang ingin menumpang mandi di masjid, dihalau. Apatah lagi menumpang tidur. Herm, Akibatnya, ada diantara mereka yang murtad. Astagfirullahalazim..*Harap-harap ada pihak yang membantu.

P/S : Sedih bila saudara senegara tidak terjaga.. Saudara seislam tidak terbela.. Aku hanya mampu untuk bersuara disini. Kerana suara kecil ini tidak mampu ke tahap yang lebih tinggi untuk menyampai perasaan kecewa ini. Aku berharap agar ada pihak yang menyiasat status adegan yang menyentuh hati ini.Wslm~Selamat beramal...


19 comments:

atyra said...

wah.. tersentuh bace entry ni.. T.T

Muhammadnuraizuddin said...

atyra = sedih weh..hg try p jalan2 sana tengok..uhuhu

Hanim Mahali said...

Boleh jadi wartawan ni...^__^

black butterfly said...

cianyer~~nk tlg tpi diri ini tiada kudrat..^_^

Muhammadnuraizuddin said...

hanim = amboi..perli rapat no..ihihi..thx baca na..

ramaitam = ihihi..samalah aku..aku cuma boleh bersuara..kudrat aku pun tak mampu..

mR.sYaH said...

itulah kadang2 bila tgk kesian.. tapi sekadar melihat saja.. ataupun hulur yang mana ada.. xmampu nak tolong byk2..

EmanTheHalia said...

syukur apa yg Allah bagi ya kawan2. jika kita rase kita ni kekurangan. ada yang lagi teruk dari kita tabah menghadapi dugaan. Alhamdulillah..

Taufiq Tiramisu said...

kadang2 memang sebak jugak tgk diorang..tapi nk buat macam mana..nak tlg, x mampu..hanya mampu doakan agar mereka dapat hidup yang lebih baik..

entri terbaru : Cara Pasang Widget Recent Comment

Hanim Mahali said...

Din, suka tak percaya cakap aku... #okbai

muhammadnuraizuddin abdulrahman said...

syah = itulah..sekadar yg kita termmapu sahaja..nak bawak balik lepak rumah, lagi la tak boleh..nnti, suma nak ikut...uhuu

eman = betoi2..syukur kreta hg tak jatuh bumper masa xcdnt, klu tak, lagi teruk la..ihii *spam

tafiq = ye..hanya mampu berdoa...

hanim = ok2..kali ini aku percaya..ihihihi

norfadillah said...

gulp... walaupun kita berada di zaman yang sgt moden, masih ada lagi segelintir manusia yang masih tido di tepi3 jalan.

Sayu yek hati... Sedih sgt3.. Semoga Allah melindungi mereka dan membuka mata pada yang berkenan... :(

aizamia3 said...

dlm negara kita yg semakin maju ni masih ada rakyat yg terpinggir, kekadang ada rakyat yg susah dah dibantu tapi tak reti nak hargai, ada yang senang nak senang lagi dengan cara menipu kata susah, yang jadi mangsa mereka yang benar2 susah merempat, nilah jadinye... sebab nila setitik rosak susu sebelanga..

IftiMonstaa said...

yup. setiap kali nampak orang cmnie serius sedih sgt. nak tolong tp apakan daya tak mampu,.
ish takkan lah nak tumpang kt masjid pon dihalau..

renjerkabloi said...

kerajaan kena bertindak!! malaysia kita tidak ada yang susah!! kankankan...????

Amira Anorah said...

kalau yg pakcik tido kat jalan tu..kita bleh cakap mereka tiada kudrat dan tiada sape nak ambik mereka bekerja sebab usia mereka, tapi perasan tak...
yg banyak tido tu kebanyakan nye orang muda...kenapa nak kesian ke mereka..mungkin bulat buncit akan cakap saya tak berperikemanusiaan kan? jap..
hello, orang muda yg merempat..kamu ada kudrat..Tuhan bagi tenaga..so why don't go and find some work to do...go and earn some money..tapi dorang malas..nak harap ehsan orang semata-mata..

ok for orang tua yg merempat, ok..sangat kesian kan...macam membayangkan parents kita je yg duduk kat situ..sedihnye..T_T..
so, kita yang ada kudrat ni lah patut tolong dorang...kita boleh laporkan ke kebajikan masyarakat..so that kebajikan masyarakat akan hantar dorg ke rumah org2 tua ke kan?..

ok..panjang sudah..;P..

as salam~~

Muhammadnuraizuddin said...

norfadilah = itulah.mereka ada mcm2 sebb tu..

aizamia = betoi2..biasalah..di dalam politik kehidupan..

ifti = betoi..serius..kadang hg tengok, if kita nak solat kat mana2..tp, ada je pintu masjid yg dikunci..pernah terjadi kat aku..kononnya, takut ada pencuri curi barang masjid..haish.pencuri pun satu, kerna dorng, kita pulak yang dpt susah..

renjer = itulah.tp, banyak benda lagi dorng nak buat...kan?ahha

amira = memg betoi apa yg hg cakap tu..tetapi, hg tengok, ada gologan muda yang merempat nie baru sampai dari kg..takde tempat nak berteduh..behenti kerja..tp, salah dorng jugak kan.sebb tenaga masih kuat..cuma harapkan bantuan orng je nak hidup kat kotaraya.

E L L A said...

wuuuu cean ,, tp ,,, huhuuu

zikeryhassan said...

that true. kadang2 rakyat sendiri pun tak terbela.


karangan hg mesti selalu dpt A kn?

Muhammadnuraizuddin said...

ella = tp ape?ihihih..

Zikery = ahahha..taklah..mana ada..spm pun B ja..akhahakh

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...