Thursday, March 3, 2011

Sejarah Makluk asing dari Marikh serang bumi!!!!!!!!!!1

Assalamualaikum...

     Pada malam Hallowen 1938, stesen radio CBS menyiarkan satu rancangan khas The war of the Worlds tentang Marikh yang telah mengintip manusia beberapa tahun dan akhirnya bertindak menyerang bumi. Siaran radio itu yang dikendalikan oleh penyampai Orson Welles seolah-olah satu siaran berita yang menyebabkan timbul suasana panik di kalangan orang ramai. Siaran radio CBS itu bukan saja menggemparkan bahkan ramai penduduk mengalami sesak nafas dan terkena serangan strok akut.

Dipercayai penyampai radio tersebut. Orson Welles.

     Lebuh raya menjadi huru-hara. Penduduk yang berpusu-pusu melarikan diri dari pusat bandar menyebabkan beribu-ribu kenderaan terkandas akibat kesesakan lalu lintas yang teruk. Anggota pasukan National guard dikerah mengawal keadaan kelam-kabut itu. Persatuan Bulan Sabit Merah pula bertungkus-lumus membantu pesakit terkena serangan jantung dan sesak nafas. anggota BSM mengambil masa berhari-hari untuk meyakinkan orang ramai bahawa tiada apa-apa yang berlaku dan keadaan selamat untuk pulang ke rumah.


Keratan akhbar mengenai kejadian tersebut.

Apakah sebenarnya yang telah berlaku pada malam Hallowern 1938?
Sebenarnya, penyampai radio Orson Welles cuma membuat ulasan berdasarkan buku klasik terkenal The War of the Worlds karya H.G. well yang diterbitkan pada tahun 1898. Buku klasik itu mengisahkan makhluk asing dari planet Marikh yang telah mengintip manusia akhirnya betul-betul menyerang bumi. Sebelum itu, ahli astronomi yakin bahawa pada 23 Ogos 1924, jarak marikh dan bumi paling dekat sejak tahun 1800 an. ramai yang percaya inilah masanya makhluk asing dari Marikh akan cuba menghubungi bumi. Tambahan pula stesen tentera mengawasi gelombang radio telah mengesan kewujudan signal frekuensi luar biasa. kesudahannya, tiada apa-apa yang berlaku.

     Penulisan buku itu, H.G. Well sebenarnya terpengaruh dengan kajian seorang ahli astronomi, Percival Lowell yang menjalankan pemerhatian terhadap Marikh melalui balai cerap sendiri di Flagstaff, Arizona pada tahun 1894. Lowell pula terpengaruh dengan ahli astronomi Schiaperelli yang pernah melukis canali (perkataan Itali bermaksud terusan) di permukaan Marikh.


Planet Marikh. Kelibat seperti terusan dari kutub ke Khatulistiwa.
     Lowell yakin terusan itu benar-benar wujud dan akhirnya memetakan beratus-ratus lagi terusan seumpamanya. Lowell percaya terusan itu dicipta oleh ra makhluk dari Marikh yang bijak untuk membawa air dari tudung ktub ke khatulistiwa. Fakta-fakta itu yang ditulis H.G well dalam bukunya The War of the Worlds amat mempengaruhi pembaca dan penyampai radio CBS, Orson Welles sekali gus menggemparkan orang ramai.
Sumber :  Mastika Mac  2011


P/S : Fuh, memang menggemparkan sungguh..Anda cuba bayangkan jika anda hidup pada zaman tersebut..Lari ke hutan la jawabnya..ihihihih..That why, orang-orang kata bahawa media adalah pengaruh yang kuat.. Ini adalah salah satu contohnya..Selamat beramal, Wslm~






16 comments:

nelly said...

Betul ke ni ?
sampai kemalngan ..
eish2 . .

Anonymous said...

nase baik cek kluaq lambat nooo...
hehehehe

Psis@tepeng

Haz said...

macam cerita betul pulak bila baca..

Muhammadnuraizuddin said...

nelly = khabar angin.akibatnya, satu negara kelam kabut..

ijat = ahahha..itulah.klu tak, alien2 tu angkut hg skali..haha

haz = itulah..khabar angin punya pasal.

IftiMonstaa said...

pelik dan menarik

Muhammadnuraizuddin said...

ifti = haah..memg pelik.dan sangat menarik..thx alot..ihihih

Mat Gebu said...

Orait...dah baca... nice info, bijakk..bijakk...anak bapak lah katakannn....

Muhammadnuraizuddin said...

cikmat = ihihih..semalam, dalam dok baca buku, terjumpa artikel nie..terus tulis lah.sebb masa tu, kita suma tak hidup lagi..n benda nie tak pernah diwawarkan kejadiannya..ihihi..*anak abah la.. :")

sembil9n said...

tak caye makhluk asing :)

aslann said...

sesak nafas wehh bace entry hg. hahahaha.

NuReLLe said...

aku rse lah if tym tu media dorg ckp aku ni puteri raja..cnfirm sume caye gak..mst sekarang ni aku da own 1 negara..gugugu..:D

life is awesome..lets enjoy & play it..

Muhammadnuraizuddin said...

9 = ahaha..entah la..wallahualam..

aslan = pasai apa leh sesak nafas pulak..kahakha..

nurel = ahaha.betoi2..akhkahakh

Putera ikhmal said...

betul memang pengaruh media kuat

Muhammadnuraizuddin said...

putera ikhmal = ahaha.betoi2..memg kuat..tengklah dlm citer nie.adoy

MéuzAngelo™ XXIII said...

sampai mcm tu skali ek.. dia tu mmg dj yg betul2 berbakat la sampaikan ape yg dia ckp tu rmai org anggap mende betull

Muhammadnuraizuddin said...

angelo = ahaha..itulah..alah, lagi pun, mana tu memg zaman radio tengh top selain dari new paper..tak heran lah klu benda senng terpengaruh..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...