Sunday, March 6, 2011

Punca menguap.. Saintis pening kepala~

Assalamualaikum...




Ahli-ahli sains masih berdebat mengapa kita selalu menguap. Sesetengah orang percaya kita menguap apabila tidak cukup udara dalam bilik. Kita jugak menguap tatkala kita hendak tidur dan sewaktu bangung dari tidur. Teorinya, situasi itu menunjukkan pernafasan kita lemah dan menguap memberi peluang kita menyedut udara segar ke dalam paru-paru. tetapi, ahli sains menganggap teori itu mengarut! Pengkaji meletakkan orang yang sedang menguap dalam bilik yang penuh dengan oksigen, dan mereka masih menguap.

Sesetengah orang berfikir apabila kita menguap secara automatik ia bertujuan untuk meregangkan otot-otot leher. Ada yang berpendapat apabila kita menguap ia bertujuan untuk mendapatkan lebih oksigen ke dalam saluran darah kita. Teorinya menguap membantu badan kita berfungsi dengan lebih baik dengan meregangkan otot pernafasan. Hakikatnya, ahli sains masih gagal menemukan jawapan kenapa manusia dan sesetengah haiwan seperti mawas dan cipanzi sering menguap.

Paling melucukan, teori yang sering diutarakan bahawa mungkin kita mendapat jangkitan menguap daripada nenek moyang evolusi manusia yakni spesies mawas dan cipanzi seperti yang dicetuskan Charles Darwin. Memang mawas dan cipanzi ada persamaan dengan manusia dalam soal menguap. Jika anda tidak percaya, cuba pergi ke zoo dan perhatikannya. Dalam situasi ini, jika seekor mawas menguap, semua mawas lain dalam kandang itu pasti akan menguap sama.

Mike Meredith dari Program Neurosins di Florida State University percaya jangkitan menguap merupakan suatu tindak balas biasa. Hanya dengan melihat atau terdengar bunyi kuapan, ia akan menyebabkan semua orang mula menguap. Hakikatnya, ini hanya teori. saintis masih belum dapat menemukan jawapan sahih mengapa kita menguap.
Sumber dari  mastika


P/S : Selamat Beramal, Wslm.
  • Berusaha menahan menguap sekadar termampu terutama ketika solat. 
  • Meletakkan tangan di atas mulut untuk menahan menguap sama ada di dalam atau di luar solat. 
  • Makruh mengeluarkan suara dan mengangkat bunyi ketika menguap atau bersin. 
  • Sunat ketika bersin mengucapkan "Alhamdulillah" dan orang yang mendengarnya pula mengucapkan "Yarhamukallah" . 
  • Sunat mengucapkan "Astaghfirullah" selepas menguap.

gempaz.com

24 comments:

mR.sYaH said...

masih menjadi misteri...

nice entri bro!

Farhanah Mokthar said...

singgah sini baca entry tambah pengetahuan :)

topimagine said...

selalu menguap bile kena wat kj.. haha :)bosannnn

Muhammadnuraizuddin said...

shah = ihhi..thx bro..

farhanah = tqvery much ya..uhuhu

topimagine = ahaha..itulah..biasa tu..

yaya_flanella said...

bila tengok gambar baby tu menguap pun rasa nak menguap ni. ape kes? *huarghh.. (spontan)

black butterfly said...

mner shoutmix..hihi~~
sye tag awk lam contest perempuan/lelaki melayu terakhir..jom join..^_^

Muhammadnuraizuddin said...

yaya = ahaha..itulah tujuan aku letak gambar bebi comey tu.a.hahha

Muhammadnuraizuddin said...

ramaitam = ahaha..dah hilang la..uhuhu..yeke..aku terjah.ihihi

zikeryhassan said...

aku akan menguap lebih dari 20 kali semasa kuliah. ahaha

me | is | aku said...

bila dpt terjawab agaknya, aku slalu ade mslh menguap.ahaha

KyêrulL said...

post nie berhantu lah.. HAHAHA

Muhammadnuraizuddin said...

zikery = ahhah...fuh, hebat tu...aku baru 17 kali sehari..ahahha..kene p jumpa bomoh ni..sebb doktor pun tak tau punca..ihih

meisaku = ahaha..itulah..susah betoi..tp, sebenarnya, itu perkara biasa..takde effect apa2 pun..tp, dorng rajin nak p kaji..hamik~ahaha

kerul = cait..kat sini pun nak sabotaj..kahakhak..

hafiz hafizol said...

menguap aku bace entri nie weh... ahhahaha....

zaMir said...

jap2...rasanya penah nmpak kucing menguap...

Anonymous said...

mengantuklak..menguaplah!!!!! hehehehhehe

psis@tepeng

logorithm said...

Salah! Semua saintis tuh salah! Punca menguap adalah untuk melembapkan dan melincirkan mata dan seterusnya menyegarkan mata yang mengantuk!

;-)

Muhammadnuraizuddin said...

HH = kureng hg nie.akhakha..tidor lah weh..

zamir = aku pun pernah tengok...

ijat = betoi2..ahaha...adoy..saja ja depa nak pening2 kepala..

john = hahaha..yeke..wah, u leh ganti dorang jadi saintis..kahkahakh

shafiq ahmad said...

misteri yang harus kita rungkai bersama..cool man!

Muhammadnuraizuddin said...

syafiq = ahhaha...jenuh nak runkaikan...tak mampu aku.ihih..hg try la na..ihihi

Faziera said...

dulu suke giler wei buat bunyi dari menguap..siap boley wat lagu lagi tau..haha

tapi skang ni tak lagi lah..

Muhammadnuraizuddin said...

faziera = ihhi.yaka..aku pun.ahha.tp, dah besaq ni, tak elok pulak orng tngok nnti..ihihi

Halusinasi said...

walawei...ajaib sungguh, sampaikan masa baca pun, tgh menguap (bukan sebab bosan yek)...hehe

Muhammadnuraizuddin said...

halusinasi = ahahha...fuh, yaka.aku pun dah ngantuk nie..kahkahakha

ummu shazwani said...

tu lah..nak kata menguap tu nak tambah oksigen yang cukup pon..
menguap 10x pun ngantok xilang gak..haha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...