Monday, March 28, 2011

Kunci locker hilang. Baju konvokesyen didalam. Majlis hampir bermula!!!!!

Assalamualaikum...

Dah hampir 5 hari aku tak update dek masalah teknikal yang melanda..mana taknya, line Brodband langsung tak dak. Tension betoi aku sebab tak leh on9..Seperti yang anda semua sedia maklum, aku ke politeknik untuk menghadiri majlis konvokesyen untuk diploma. Konvo beb, mcm tak percaya dah lepas..tetapi, ada cerita disebalik Peristiwa ini.

Selama 4 hari di sana, aku menginap di bilik junior aku. Tp, dorang sumanya balik kg. n tinggallah aku terkontang kanting keseorangan di bilik mereka. Malam sebelum majlis konvokesyen, aku lepak dan mengusya- usya suasana didalam poli.Mcm2 ada..Autoshow paling meriah pada mlm tu.

Jam menunjukkan 11 mlm. aku mengambil keputusan untuk pulang ke bilik sebab baju2 konvo untuk keesokan harinya masih belum di 'iron. Rakanku Tetopek yang sudi menemani ketika konvokesyen bagi menggantikan kehadiran ahli keluargaku ada bersama. Setibanya di hadapan bilik, Kunci bilik hilang!!!..cait..jenuh mencari kunci tersebut di tapak pesta. Masalah paling besar ialah kunci loker turut hilang. Dah la baju konvo n bagai ada didalam.. Serabut aku weh.~

Kami dapat masuk ke bilik setelah meminta pertolongan penghuni bilik sebelah. Tetapi, aku masih sunsing.. Sebab loker masih belum dibuka. Dengan ketangkasan yang ada kepada seseorang lelaki, aku & Tetopek menggunakan sepenuh kudrat yang dikurniakan bagi memecahkan mangga yang meng 'lock pintu loker. Setelah beberapa lama, Kami berjaya menghentak mangga tersebut. Finally~

Pukul 4 am baru aku tidor. Hampa bayangkanlah, besoknya, dah kene Q pukul 7 setengah. Memang menjadi adat orang tidor lewat, pasti bangunnya pun lewat kan?..Itulah terjadi kepada aku. itupun nasib baik Clasmte aku Call, klu tak, tak konvo lah aku..Bersiap dengan ala kadar., Berbekalkan muka seperti bangun tidor,.. Aku berlari seperti mahu terbang di udara bersama jubah yang ofcos berterbangan. Nasib baik sempat sampai sebelum perarakan masuk ke dewan.Fuh,..

Giliran ke- 526..nasib baik jauh lagi..
apa pun nak mention yg nama aku panjang..paling panjang masa tu kot..ihihi

P/S : Itulah kenangan aku sebelum konvo. Memang kelam..ahhaha..Nantikan video Bersama aizuddin mengenai konvokesyen tak lama lagi..Selamat beramal, Wslm.

12 comments:

hairie said...

nasib baik ade member tlng..dh tu kunci tu jmpe balik x wey?

Nur Farah Hani said...

kenangan manis kepahit nih,, ehehehe..s ekali rasa macam omg kalut betul tapi alam lama mesti pikir yang kelakar gila right.. ;p

Silent Thinker said...

insiden sebelum konvo~pasti ingat sampe bile2..hee..
tahniah!! da konvo!

ria said...

hahaha. . mcm2x. . saya yang menjaga dak konvo un dpt tgk mcm2x ragam. . ader yg tido ader yg tgkp gmbr. . btw u sesi konvo yg pertama o kedua?

Muhammadnuraizuddin said...

hairi.. kunci tak jumpa..pakai pemadam api ja...p hempuk kat mangga...ahhaha


farah..ihih.betoi2..tp, memang gelabah masa tu..

silent thinker... tq na..ihih..

ria = sesi kedua..aku pun seludup DSLR masuk dewan ari tu.ihihih

Halusinasi said...

wah...tahniah dh konvo!

mR.sYaH said...

hahah.. perkara biasa pecahkn mangga klu duk hostel.. apa2pun tahniah atas konvokesyen itu...

zikeryhassan said...

wah da konvo. aku lambat lagi nak konvo

jaa64 said...

mesti kelam kabut kan..huhuhuuh

qin said...

klau aku dah panik bile dah jdi cam tu..nsib la ade org dtang tlong..

Muhammadnuraizuddin said...

halusinasi = tq very much na.ihih

mr syah = ahhaha..hg mcm slalu buat ja..ihih.tq na..

zikeryhassan = yaka..takpa..sabar separuh dari iman..ahha

jaa = memang kelam kabut weh..ahhaha

qin = ahhaa...itu la..uhhuhu

::contengan hati::)) said...

cogret ;)

kenangan pahit manis semua ada kat psis kan ;)

yart 381 ;)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...