Thursday, March 24, 2011

Konvokesyen tidak bermakna..

Assalamualaikum..

Entry kali ini bukan mahu menagih simpati, mahupun dikasihani..tetapi, hanya ingin berkongsi. Detik demi detik dihitung.. Jam demi jam berlalu.. Hari yang di nanti dengan penuh kesabaran selama hampir setahun kini menjelma..Bukan hari raya, Bukan hari lahir, mahupun hari - Mau.. Tetapi hari kemuncak kecemerlangan pengajian. Hari menuju puncak kata si Tia... Konvokesyen Untuk penganugerahkan Diploma aku yang pertama.


Ketika konvo menjelma, semua orang berbahgia..suma orang bergembira..menanti dengan penuh Kegembiraan dan kepuasan kerana berjaya menamatkan pengajian. Tetapi, bagi aku ia kurang bermakna. Bukan aku tidak bersyukur menamatkan pengajian, tetapi kerana hati yang gundah gulana. Sedih mencengkam jiwa.. Jiwa penuh kekecewaan. Perasaan penuh kedengkian. Dengki pada mahasiswa yang lain.

Dulu, ketika aku masih di tempat pengajian, aku selalu mengambil bahagian didalam pengurusan berkaitan hari konvokesyen. Kerana aku ingin melihat senior2 ku yang telah berjaya mengharungi ranjau kehidupan sebagai seorang mahasiswa dan mahasiswi. Apabila melihat mereka melangkah keluar dari dewan, langkah mereka terlalu teguh, riak muka mereka terlalu bangga kerana mereka telah memiliki penganugerahan daripada berkat usaha selama bertahun lamanya. Apabila mereka bersalam-salaman dengan kaum keluarga,. Ibu bapa mereka mengalirkan air mata. Bangga melihat zuriat mereka berjaya.

Aku hanya memerhati dari jauh apabila situasi itu berlaku. Didalam lubuk hati ku, terdetik persoalan pada diri, Adakah aku boleh menghabiskan pengajian. Adakah aku boleh membanggakan kedua ibu bapa aku seperti mana senior2 ku. Tiba2, hati aku sebak. sebak kerana terlihat aksi mereka  dipeluk dan dicium kedua ibu bapa. Restu ibu bapa adalah segalanya..

Mesti anda semua terfikir dan tertanya-tanya kenapa aku emo tiba2.. Sebenarnya, kedua ibu bapa aku tidak dapat hadir dihari konvokesyen aku pada hari ahad ini. Kerana kesihatan Ibu aku tidak mengizinkan. Melihat ibu bapa orang lain hadir pasti aku akan mengalirkan air mata. Hati aku memang sekeras batu kerikil, tetapi, jika berkaitan dengan perkara-perkara ini, hati aku bagaikan terdapat taman. Terlalu mudah pipiku dibasahi air mata. Tapi, apakan daya.. Semuanya ada hikmahnya. Yang maha esa telah mengaturnya..AKU REDHO.

P/S : Ibu bapa kita adalah segalanya.. Tanpa mereka di dalam sesuatu perkara, secara automatik ianya menjadi tidak lengkap. Bagaikan ayam kehilangan paruh..Tetapi aku paham, Kekangan yang datang ada hikmahnya.. kepada rakan-rakanku yang bakal menerima sijil atau diploma pada majlis konvokesyen ini, Tahniah diucapkan...Selamat beramal, wslm.

18 comments:

adwafarahin said...

mmg agak sedey org yg kite sayang xde pd saat kite sedang meraikan kejayaan kite
bersabarlah sesungguhnya pasti ada hikmah
sy doakan mak kamu sihat semula ya
:)

Eyqasara said...

cngrts senior.. dah nak konvo dah.. insyaAllah eyqa pun konvo taon depan.. hihihi.. btw, jgn sedih2... eyqa sure dorg mst berbangga cuma mgkin tak ada rezeki nak tgok anaknye mggenggam diploma di atas pntas tu nnt.. chill yep.. :)

^_^eMa^_^ said...

relax din.
kawan2 kan ramai.
time ak dlu pun ramai je parents x dtg. sbb konvo ari keje.
korg kire untung jugak konvo weekend.

nway congratz..

marish sha said...

Tahniah awak ,
hope awak tabah ya masa konvo nanti .

kita practical lah ,
tak dapat tgk awk konvo,
huhu .

Encik Suami said...

Din:

Bersabarlah..Ibu bapa din bukan tak nak hadir..tapi halangan dek kesihatan.
Tapi percayalah..dlm hati ibu bapa din terselit perasaan bangga melihat kejayaan anaknye.
Yang penting din naik pentas terima ijazah tue. Nanti balik leh tunjukkan pada mak. W/pun ibu ayah tak dapat hadir..tapi din pasti seronok dgn kehadiran teman sekuliah din yg meraikan kejayaan bersama.

zikeryhassan said...

walaupun tak dapat datang, dorang tetap bangga dengan kau punya.

Ain Atika Zailani (PAL) said...

alaaa kesian awak..jangan sedih sedih ye awak...semoga mak awak cepat sembuh...btw cantik header pic awak...=)...

-ilhamArman- said...

bersabarlah ok!...
just chill mcm biasa..
mak ayah ko nnt kompem nak tgk pic anak dia gembira hari tu...
so tangkap pic bnyk2 utk dikongsi bersama mereka.. :)

Anonymous said...

din sabarla...semua ada hikmahnya!!! ape pown ang dah berjaya...kejayaan dtg xsegolek dan semudah disangka..pepown,ang bersyukurlah kerana akhirnya ang telah dpt menggenggam segulung diploma, yg diidam2kan..insyallah ang akan dpt menempuhi hari2 mendtg dgn kejayaan &kebahagiaan,...pepon din..TAHNIAH!!! diucapkan kepada adik senior ku ini...anda berhak untuk menerima kejayaan yg telah anda usahakan ni.... WELL DONE!!!!

psis@tepeng

YobSumo said...

tahniah dan selamat berkonvo bro!

ich bin che ya said...

semua yg terjadi pasti ade hikmah disebaliknye

muniraksasa (; said...

sabo DIN oyy. aku bace entri ko ni pun aku rase nak nanges. emm cane la nanti aku grad kann. takot pun ade.

fyna said...

alololo...dun sad2...kyerull kan ade...

muhammadnuraizuddin said...

adwafarahin = tq so much na..

eyqasara = iihihi..tq na..

ema = tq..ihihi...

marish. = tq na..takpa...

encik suami = baru diploma lah..ihi..

zikery hasan = tq na.. :")

ilhamarman = tq na.. tp, itulah...takpa, dah lepas pun...hahah

ijat = tq so much na...hahha

yobsumo = tq very much,.

nad = itulah...kene sabar je..ihih

raksasa = toksah gatai2 nangis...aku pun tak...akhakha..saja ja nak share..

fyna = ahhaha..dia dok sibuk melayan peminat dia kat sana..akhakha

SyedGraphiX said...

sedihnya din.. takpe la.. saba k? btw, tahniah bjaya graduate :D

jaa64 said...

takyah sedih2,boleh grad gk kan :)

qin said...

nak nges rse bce ni..sbar la ye,even dorang xdpt dtang,msti jauh d sdut ati dorang,dorang bngga gle ngan kau..btw,cngrates ya:)

*cimOt* said...

ok.aku faham.tp percayalah.1day mesti ada manisnya.
from xperience..

btw, congrats..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...