Tuesday, March 22, 2011

Kepercayaan karut.. Anda jangan percaya!!!

Assalamulaikum...

Malam yang hening ini, terdetik dihati untuk berkongsi cerita yang berkaitan dengan Adat. Dan aku akan fokuskannya dengan kepercayaan yang diamalkan oleh segelintir orang melayu pada masa ini pada majlis perkahwinan.  Untuk memendekkan cerita, aku teruskan dengan contoh untuk anda semua lebih memahaminya.


Amalan menolak/mengelak hujan ketika majlis perkahwinan..Berbagai-bagai cara yang dilakukan mengikut kawasan, keturunan dan sebagainya untuk perkara sedemikian. Kononnya, hujan akan behenti atau berpindah ke tempat lain. 

Jika kita ke Kawasan2 kampung mesti perkara ini tidak asing di sana. Sebenarnya, ketika majlis persandingan abang aku dilakukan.. Hari menjadi mendung. Tiba-tiba ada seorang makcik menyuruh membaling baju buruk pengantin ke atas bumbung. Aku tergelak dan membangkang perkara sedemikian dilakukan. Kita kan orang islam,..dah trang tang tang didalam Al-quran mengandungi doa untuk tujuan itu...kan?..Sebenarnya, banyak lagi kepercayaan yang karut dan boleh merosakkan akidah kepada siapa yang mempercayainya. Cuma sedar dengan tidak je..Tetapi, kadang-kadang perkara sedemikian terpaksa dilakukan juga oleh segelintir masyarakat kita kerana ia adalah adat. Biasalah tu..Melayu penuh dengan adat..

Adat yang jelas menyimpang dari agama islam dan masih berlaku ketika ini adalah adat ketika majlis perkahwinan..Tepung tawar lah, baling duit syiling lah...tabur beras kunyit lah..dan macam2 lagi..kononnya, ingin menolak bala dan sebagainya..Serius, memang menyimpang jauh.. Di samping terdapat unsur2 pembaziran.. Kan tak elok tu.,,

P/S : Adat boleh dikekalkan selagi tidak bertentangan dengan ajaran agama kita.kan?  Selamat beramal, Wslm.

4 comments:

Anonymous said...

betui2..merapola semua tu..rosak akidah kita..hehehhehe
pasni din leh jadi ustz lak...watla cite2 keagamaan gak..hehehehe ustaz din..heheheh classic x nama 2?? hehehe gurau2je..ehhehe

psis@tepeng

Eyqasara said...

ha'ah kan... merapu je lebey.. kdg2 xda pape pun...

fara_farez89 said...

macam2 kan

Muhammadnuraizuddin said...

ijat = ahaha..mengarut ja hg nie..adoy..

eyqasara = hahaha...tau takpa..

fara = itulah..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...