Wednesday, March 16, 2011

Bencana oleh manusia lebih digeruni daripada Bencana alam.


Assalamulaikum..

Sekarang ini, sibuk di dada akhbar dan juga di media-media elektronik menyiarkan berita perkembangan keadaan di Jepun yang dilanda Gempa bumi kuat dan juga Ombak besar Tsunami. Akibat dari bencana alam tersebut, tercetus satu lagi bencana yang menyusul. Ia berkaitan dengan loji nuclear. Jika ia musnah keseluruhannya, mungkin akan mengakibatkan bencana besar yang lebih hebat dari bencana alam yang berlaku. Loji nuclear lebih merisaukan dari Bencana gempa bumi dan Tsunami. Ini kerana radiaksi nuclear hanya terapung di udara dan boleh kemana2 sahaja... Jom kita lihat kembali sejarah empayar Jepun berkaitan nuclear iaitu sejarah perang dunia kedua.

Pengeboman atom Hiroshima dan Nagasaki merupakan serangan nuclear yang ditujukan terhadap Empayar Jepun oleh America syarikat sewaktu Perang dunia ke II. Pada 06/08/1945, senjata nuclear "little boy" dijatuhkan di bandaraya Hiroshima, diikuti pada 09/08/1945, bom nuklear "Fat Man" digugurkan di Nagasaki. Dalam sejarah peperangan dunia, inilah satu-satunya perang yang melibatkan serangan nuclear.

Akibat serangan dasyat ini, Sebilangan mayat mangsa terbakar sehingga sukar dicam dan mayat-mayat tersebut dilupuskan dalam pembakaran besar-besaran. Menurut anggaran, pengeboman di Hiroshima membunuh kira-kira 70,000 orang akibat kesan letupan itu. Anggaran bilangan yang terkorban bertambah menjelang akhir tahun 1945 dari 90,000 hingga 140,000, akibat terbakar, penyinaran, dan penyakit dari kesan radiasi nuclear tersebut. keadaan diburukkan lagi dengan sumber ubat yang tidak cukup. Anggaran diteruskan dan mencatat sebanyak 200,000 orang mati menjelang tahun 1950 akibat penyakit barah dan kesan jangka panjang yang lain. 

Bilangan untuk Nagasaki lebih rendah kerana rupa bumi di sana mengurangkan impak pengeboman dengan bilangan yang terkorban dianggarkan dari 40,000 hingga 75,000 orang. Di kedua-dua bandaraya tersebut, kebanyakan mangsa merupakan orang awam. 










P/S : Nuclear adalah bencana buatan manusia sendiri..Fikirkanlah sejenak..
Selamat beramal, wslm.

5 comments:

Faziera said...

betul..manusia yang buat bencana sendiri..alam sekitar pun manusia yang rosakkan.. (-_-')

p/s: rindu la nak dengar ko membebel din..hikhik =p

sarah mohamad said...

ngeri betul.
#prayforjapan.

Muhammadnuraizuddin said...

faziera = ihih..,ada jugak orng suka dengar aku membebel..aku penat bebel lah..skrng dah jadi pemalu..ihih..

sarah = memg ngeri.

NuReLLe said...

Ira rindu Din bebel??? lom dgr Din cte antu..smp aku yg tgh drive pun takot kot....derrrmmmm..haha..:D

muhammadnuraizuddin said...

yani = ihihih..ahah..sungguh bertenaga kan aku bercerita..ahha..nak lagi?ihih.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...