Tuesday, March 1, 2011

Kerana dahaga, Nasi Kerabu jadi mangsa. *syasyuulLL!!!!!

Assalamualaikum...

Dunia blog kini dah menjadi semakin panas dengan entry-entry yang boleh dikatakan *orang berlumba-luma baca.. Dan seperti biasa, Seseorang blogger mempunyai agenda tersendiri bagi memenuhi kepentingan umum mahupun kepentingan sendiri. Tetapi, sebagai seorang blogger yang baru berkecimpung di arena ini, aku mengambil keputusan untuk berdiam diri dan hanya memandang dari jauh bagi mengetahui perkembangan situasi semasa kerana ingin mengambil langkah berjaga-jaga.

Berbalik kepada tajuk entry kali ini, aku ingin berkongsi masalah yang sering aku hadapi. Iaitu cakap tersasul. Jika anda pernah meluangkan masa sekurang-kurangnya satu hari bersama aku, Semestinya anda akan ketawakan aku. Sasulan dari mulut aku tidak pernah terlepas. Ada sahaja yang salah sebut. contohnya, ketika aku membuat Vlog di Putrajaya tempoh hari, Terlintas difikiran untuk menyebut berkecimpung bagi menyedapkan ayat..Tetapi, apa yang terkeluar adalah BERCEKIPUNG..fuh, nasib baik pengacara Vlog ketika itu membetulkan perkataan itu, kalau tidak, tentu diketawakan apabila Vlog tersebut dipertontonkan.

                    


Semalam , terdapat satu kejadian yang telah menguatkan hati aku untuk berkongsi cerita entry kali ini. Ia berlaku di pasar malam berdekatan rumah aku..

Jam menunjukkan pukul 6.43 pm. Hasrat ingin ke pasar malam telah dipasang pada pukul 5 petang lagi. Tetapi, terlalai dek melayan coment2 di facebook, sambil melayan isu panas yang amat digeruni bagi sesiapa yang diperjudikan, aku telah menangguhkan hasrat murni bagi berbakti kepada tubuh ku ini.Ini kerana, dari bangun tidur hingga ke waktu ini, aku hanya menjamah kepingan-kepingan biskut kering yang bertatahkan gula berkilauan di atasnya sambil meneguk susu yang dibancoh. Bukan aku tidak lapar, tetapi aku melayan nafsu untuk on9 disamping kemalasan yang melanda diri.

Kini, dalam sedar tak sedar, aku genap 2 jam aku menangguhkan hasrat ke pasar malam. Tanpa membuang masa, aku tangkas mencapai baju dan seluar untuk bersiap2 ke pasar malam. Langkah ku ke pasar malam dengan rambut yang tidak disikat dan make up yang kurang tebal *cait, ingat aku prempuan ke..Setibanya ke pasal malam, aku round2 kesemua gerai seorang diri bagai ayam mencari tempat mengeram...Sebenarnya, didalam fikiran aku hanya memikirkan nasi Avatar a.k.a. nasi kerabu..Sambil memenuhi tujuan asal, aku singgah ke satu gerai yang menjual keropok lekor.*if tak beli keropok lekor kat pasar malam, tak sah..

Sambil menikmati kerangupan keropok lekor yang dikunyah, aku terlihat semangkuk polestrin megah di tayang sambil menonjolkan separuh telor masin yang mengeliurkan..Tanpa berfikir panjang aku mengorak langkah mendekati gerai tersebut. Aku memulakan proses jual beli dengan senyuman yang macho..

Si peniaga : Ye dik, nak beli ape? sambil tangannya membungkus kuah kari.


Aku : Air nie satu~ dengan suara macho..sambil tangan mendimasukkan ke poket seluar.


Si peniaga : Ye adik, nak beli ape~? nadanya sedikit tinggi.


Aku : Yelah, Air nie lah.. sambil tangan menunjuk ke arah nasi Avatar.




Kenapa aku panggil nasi Avatar??sebb ia colour biru...ihihih




Adoy, sangat memalukan..Niat dihati nak menyebut nasi kerabu. Tetapi, Air yang terlintas difikiran. Aku tersebut perkataan AIR kerana aku dahaga ketika itu. Yelah, dah mengunyah keropok lekor sampai tak ingat dunia, kompom-kompom kerengkong kering..IeshH`.*memang memalukan..

P/S : Sebenarnya, dalam apa jua tindakan yang diperlakukan, tak kira samada perbuatan, percakapan , pemerhatian mahupun penulisan, kita perlu berfikir terlebih dahulu sebelum melakukannya..Selamat beramal, Wslm.


24 comments:

GaDiS KaMpUnG sEpArA BaNdAr said...

TERSHASHUL PLAK KN?

HEHE

Muhammadnuraizuddin said...

gadis kg. half town = ihihihi...itulah..adoy, ..sebenarnya, nak cover ckp utara tu..hahhah

muniraksasa (; said...

aku yakin dan pasti, ko tershashul bagai sebab ko tipu akuuuuuuuuuuu ! okayy bye,

zikeryhassan said...

kalau aku dah blah dari situ da din. memang kemaluan sunggoh. ahahaha

Hanim Mahali said...

hahaha...biasa dah dengar Din tersasul...

EIPUL said...

haha
kalo aku pegi pasar malam wajibulghunnah nak beli karipap sardin, peberet woh

Muhammadnuraizuddin said...

raksasa = tidak semena-mena..akhakhkhakha

zikery = ahhaa..memg niat nak blah dah..tp, itu tujuan aku ke pasar mlm..aahaha..

hanim = ahhaa.biasalah, nak cover loghat la konon..ahhaa..

eipul = fuh, sedap jugak tu..ahaha..

zaty faisol said...

haha,nasi kerabu jadi air. hum, pon bolehhhh kan. :)

Muhammadnuraizuddin said...

zaty ; ahahha.itulah pasal..malu woo.

Encik Blogger said...

mmg terkejut la penjual tu.. die mane tgk avatar

Muhammadnuraizuddin said...

encik blogger = ahaha..btw, thx sebb baca ya..ihihi.

aslann said...

eeee. memalukan. memalukan. nasib aku takda time tu. kalau tak mesti aku malu sekali. baik hg pegi tadika balik lah uding, belajar mengeja dan membaca. hahahalalalala.

Muhammadnuraizuddin said...

aslan = oit..aku boleh membaca la.. siap eja dapat A+..ahahaa..klu mcm tu, jom la join p tadika tu.hahah

aDisH.sHidA said...

uwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa..lama x makan nasi kerabu biru nie

mR.sYaH said...

aku pun byk kali macam ni.. mmg tak tahu nak sorok mana muka tapi tetap kekalkan kemachoan diri.. itu penting.. kah3..

Muhammadnuraizuddin said...

adish = ahha.sedap woo..

mr. syah = ahaha..itu yang penting kan?hahah.

nurul lalala said...

jgn risau..bukan ko sorang. aku p0n kadang2 camtu gak~

Muhammadnuraizuddin said...

nurul lalalal = ihihh.yeke..wah, ada geng..ihih

zaty zakarie said...

salam singgah.
hahah.klaka r entry neyh.
bole plak tersalah sebut.
kalo sy jd peniaga 2 conpem tak jadi nk jeling2 mate ngan awk taw.hahahah
gurau ja.
anyway,sy newbie kt sni.
jalan2 cari ilmu kt blog awk.
jemput2 singgah blog sy.
zatyzakarie.blogspot.com :)

Muhammadnuraizuddin said...

zaty = kita sama2 baru dlm dunia blog nie..harap boleh tolong menolong..ihihih..

Taste Of Life said...

aishhh...jauh benor beza Nasi Avatar ngan Air tu yer..huhuhuh

farhaniza azman said...

hahahahah...so funny la u nih~

Muhammadnuraizuddin said...

taste of life = ihihih.itulah.dlm fikiran nak air je..itu yg terkeluar tu..uhuhu

farhaniza = ihihih..tersasul..biaslah tu..ihihi

thx baca entry nie ye.

marish sha said...

sha pun selalu jadi mcm ni ,
kalau nak cakap dua perkataan ,
dea punya sebutan boleh tertukar ,
lawak je

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...