Wednesday, February 23, 2011

Kaum Hawa Memberi Hantaran Belipat Kaliganda Kepadaku.

Assalamualaikum para sahabat yang dihargai,

Aku dilahirkan sebagai seorang lelaki dan aku mensyukuri segala nikmat yang diberi oleh yang maha esa. aku hanyalah insan biasa yang hina disisinya didalam menempuhi kehidupan yang fana. tetapi, aku perlu teruskan kehidupan ini dengan mencari kebahagiaan yang hakiki dan senantiasa mensyukuri kenikmatan yang sementara. Segala dugaan dan rintangan yang melanda, ia perlu dianggap sebagai ujian daripada yang maha esa untuk menguji hambanya dan sebagai manusia biasa juga, kita perlu mengingati dan bermuhasabah diri bahawa segala ujian yang ditempuhi adalah untuk hambanya menguatkan kecekalan dan mempertingkatkan keimanan.

Sebagai lelaki seorang lelaki, perkara yang paling indah didalam dirinya adalah membina keluarga. Apabila  institusi kekeluargaan terbina, perlulah seseorang lelaki itu menjadi khalifah keatasnya...Fuh~ penat aku bermadah..tak larat nak pikir ayat dah..ihihih..Ok2, akan ku teruskan kepada pengisian entry ini.

Kaum Hawa Memberi Hantaran Berlipat kaliganda Kepadaku.






Bagi rakyat Malaysia, anda semua mesti terpinga2 sambil menggaru kepala dengan tajuk ini kan..kerana kepelikan dan keunikan tajuk ini.dan anda semua mesti fikir bahawa aku bergurau senda mahupun bohong membohong.tetapi tidak kepada lelaki negara lain.terutamanya Bangladesh.Di entry sebelum ini, aku pernah menceritakan bahawa aku telah diofer oleh seorang bangla yang bekerja berdekatan dengan ofis aku untuk berkahwin dengan adiknya. dan hari ini, aku akan mencerita pula hakikat yang aku baru tahu sebentar tadi.

Di Malaysia, pihak lelaki akan menyediakan wang hantaran kepada pihak perempuan seperti didalam perjanjian perkahwinan yang telah dimetrai oleh kedua-dua pihak. Tetapi, sebaliknya di negara Bangladesh. Pihak lelaki yang akan menerima wang hantaran daripada pihak perempuan. Aku tidak pasti ini adalah adat atau pun ada fahaman negara mereka. tetapi, anda semua perli ingat, salah seorang Isteri Nabi Muhammad S.A.W. pernah melamarnya untuk dijadikan suami.

Kejadian ini berlaku pagi tadi. ketika aku membeli roti canai di cafe bersebelahan Ofis aku. aku difahamkan bahawa, Bangla yang mengofer adiknya berkahwin dengan aku mengenai perkara ini. Dia berkata, jika aku kesana dan dipinang, hantaran aku mesti melonjak berlipat kali ganda. (yelah, melayu kan handsome)ihihih.  dan akan menjadi rebutan.dia dan keluarganya sanggup untuk membayar tinggi kepada pihak lelaki jika mereka sudah berkenan dengan bakal menantu keluarga itu..fuh, masa nie, berpeluh tapak tangan aku..sebenarnya, adat perkahwinan mereka disana berbeza dengan kita disini. disana, pihak lelaki hanya menggoyang kaki dan bersedia untuk menerima wang hantaran.(memg seronok la laki2 disana).

Tiba2, dia mengajak aku ke bangla..fuh, menggelupar aku kalau aku kalau stay sana..~,,tetapi, aku hanya mengambil perkara ini sebagai satu jenaka dua kewarganegaraan yang berbeza. Yang bestnya, dia bersemangat menceritakan perkara ini kepada aku.. tetapi, aku mendengar sambil tersenyum.Sebenarnya, aku ingin menekankan bahawa menjadi seorang melayu amat beruntung..pakage kita sudah cukp lengkap..baik wanita, mahupun lelaki..Ini adalah reality..jika anda cuba membuat survey dengn cara bersembang dengan mat salleh, if tak mampu, bersembanglah dengan pekerja2 asing di negara ini pun sudah memadai. dan anda semua cuba tanya pendapat mereka mengenai bangsa melayu secara fizikalnya.dan anda mesti akan tersenyum. LELAKI WARGA ASING SUKA AWEK MELAYU, DAN BEGITU SEBALIKNYA..

P/S : sebenarnya, aku hanya melayan kerenah mereka. aku pun tak nak kawen dengan bangla. klu korang, korang nak?..banyak lagi wanita dan lelaki melayu dinegara ini. dan korang semua jangan salah faham. aku bukannya ingin takbur atau sebagainya.tetapi ia hanyalah sebagai satu jenaka dan  perkongsian info yang boleh digunapakai...Selamat beramal, Wslm.

20 comments:

ria said...

hahahaha. . untung la jadi jejaka.. hehee

yna fazlyna said...

jangan layan sangat lah din.. ti dorang anggap tol2, and bila kau tak nak dia pakse jugak ko nikah ngan adik dia.. hah ambik kau!huhu...

Myung Dae said...

HAHA . TERBAIK !! Macam ni seronok gak nak g balik Bangla . Ekh !! tak2 . Malaysia oh tanah airku .

jom baca sini
http://myungdae92.blogspot.com/2011/02/ada-orang-nak-cari-gadoh-dengan-aku.html

Hanim Mahali said...

opocot, din dilamar...??? hehehe..
Siapa bilang gadis Melayu tak menawan tak menarik hati...lalala
Memang bersyukur sangat jadi orang Melayu. Tak perlu la nak cari bangsa lain. Orang Melayu pun ada yang bagus... ^_^

ich bin che ya said...

kalau boleh biarlah jodoh sya dtg dari malaysia.. n pastinya org melayu... amin.. =) hehehhe

mustapakamalizzat said...

sebenarnya ini adat agama hindu....hehehhehe xsilap akula..dan mmg kat bangla.sri lanka dan india mmg macam tu..danz..
KPD din...haha kalo betui la ...
sekali wanghantaran RM100 000, pompoam lak lawa kalah awek kat malaysia ni..hahhahaha nak x??? hahhaa

Pembawa_Wacana said...

Untung la ko dapat pinangan... dapat duit lagi..he he he

Faziera said...

hahaha
cayalah din...
dapat offer tu..
hik2

kalo org yg ko syg offer nk bg duit hantaran masuk minang ko camne plak??
ce citer..ce citer..

black butterfly said...

ermm..peewit..kena lamar^__*..msti wink~~wink~~rasenya

Muhammadnuraizuddin said...

ria = ahaha..untung jadi lelaki.pompuan pun beruntung kat malaysia nie...ahha

yna = ish..takmolah..aku main2 ja..klu dorng paksa, aku berhenti kand orng kerja..ahah

myung = ingatkan hg betoi2 orng bangla..hahha

Muhammadnuraizuddin said...

hanim = opocot2..takabis2..hahha...yeah, untung jadi melayu.

Muhammadnuraizuddin said...

ich = ihihi..amin.

izat = ihh..bak kata orng tua2..maut jngn dicari..rezeki jangn ditolak.ihihih (melawak ja)

pembawa_wacana = aiahaha..klu orng malaysia ok la..nie, bangla..klu ko, nak ke?hahah

Muhammadnuraizuddin said...

faziera = minggu depan jugak korang mkn nasi minyak..ahha

rama2 hitam = hahaha..wink2..tak lah..sebab bangla..hahaha

Nailofarhazirah said...

muahahaha.. apsal x take serious je bangla tu pnye offer?
*kekekekeke

Muhammadnuraizuddin said...

nailofarhazirah = ihih..klu aku amik serius, tukar kewarganegaraan la aku..tak sanggup beb..

iManAzRaf said...

haha. melambung2 saham ko...

Muhammadnuraizuddin said...

imanazfar = ceh, klu melayu melambong tak hengat la..nie bangla..adoy.

aNaCgg said...

xpa...semua tu dugaan....inila masanya awk bukti cinta & syg tu...

o ya...sya dah follow...awak follow sya k...tQ...

Muhammadnuraizuddin said...

anac = hihih...ok

:별_wie143:: said...

hehehe...fuiyo~~ untung la org tu..dpt offer~

i can say that -we malay's n malaysian's are indeed lucky n the best, we can fit our self anywhere,anytime and to everyone..n even foreigners like most malaysian personally..

aqu x der lak nk pkir pasal kawin2 n jodoh2 nie..MUDA LAGI LA WEEYH~..huhuhu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...