Saturday, February 19, 2011

Aku tidak memilih menjadi wartawan..

Assalamualaikum sahabat2...
Buat julung kalinya, aku ingin berterima kasih kepada para sahabat pembaca sekalian kerana telah menyokong i'mciricle@sayabulat.Impak keatas sokongan para sahabat telah membuatkan aku bersemangat waja untuk mencoretkan nukilan pada setiap hari bagi menagih sekalis tempias masa anda untuk diluangkan disini. Dengan membekalkan kemahiran menaip yang ditimba suatu ketika di IPT dulu, aku tidak teragak-ragak untuk menaip dengan penuh berbunga-bungi bagi mencantikkan penyusunan ayat untuk dibaca..
(iesh, lemas dah aku nie dok tulis ayat)

Oklah, meremang bulu roma korang membacanyakan..ihiihi..alah, skali skala nak mengaratkan ayat..apasalahnya kan.?berbalik pada tajuk entry ini..
"aku tidak memilih menjadi wartawan"..
Sebenarnya, ia tiada kaitan dengan bidang kewartawanan pun..tetapi, ada satu kejadian yang telah membuatkan aku terpanggil untuk menulis entry mengenainya..

Tajuk entry ini boleh membuatkan orng kompius..Contoh soalan akan dihentam kepada aku~

1 ) Kau dpt tawaran jadi wartawan ke? (wartawan dlm bidang ape)
2) Kau nak pilih bahagian ape,..hiburan ke? (kejar glamore yerk)
3) Kau tolak tawaran ke? (ruginye kau)
4) Kau jadi wartawan secara paksaan or tak sengaja? (jelous tol aku..peluang tu)
5) Ada orng pertikai kau jadi wartawan ke? (abaikan je..)

Kompom2 ada lagi persoalan yang timbul dari korang kan..biaslah, Soalan tidak akan diduga oleh penerima soalan kan..sebab itu timbulnya perkataan NO COMENT...ceh, dah macam artis dah..Cukup setakat itu pembelitan kiasan bagi entry nie..penat menaip..tp, isinya, belom kluar lagi...hahhaha..sory ye..

Pada hari jumaat yang lepas (17 feb 2011) aku ke ofis seperti biasa..dan melakukan tugasan rutin aku di ofis seperti biasa, kemas2 bilik bos, dan mcm2 lagi..kisah ini bermula pada pukul 12 tengah hari dan ke atas..pada waktu tengh hari itu, cuaca memg sejuk..suhu mencecah 20 darjah celcius..sejukkan..dah seperti berada di Japan.(memang lah..sebab econ diatas kepala aku dan diset ke suhu 20.) diluar ofis kelihatan begitu lebat hujan dan disusuli oleh angin yang membadai daratan dengan kecang yang tak terhingga..(amat menakutkan)..yelah, lagipun, kan aku bekerja di dalam pelabuhan..

Tiba2, satu kebin yang telah dijadikan sebagai surau oleh Polis pelabuhan melayang2..Dikabarkan ianya tergolek2 dan melayang selama 2 kali..korang bayangkan lah~.Syukur alhamdulillah..ia berlaku pada hari jumaat..Orang2 yang bekerja tempat kejadian tidak solat zohor, sebaliknya solat jumaat yang dilakukan di Masjid pelabuhan...betapa kuatnya angin yang membedal pelabuhan itu.Secara kasar oleh aku, Kekuatan angin tersebut bertahan selama 15-20 minit..(tak sempat tengok jam, sebab keadaan menakutkan)..

Setelah hilangnya angin yang hebat itu, aku bergegas ke Masjid untuk menunaikan solat jumaat.yelah, ketika itu, dah pukul 1.30 pm..walaupun hujan, aku redah je berlari..kerana masjid tersebut terletak kira2 80 meter dari ofis aku..(pengiraan secara kasar lagi)..Selepas selesai solat, aku pulang ke ofis dengan melalui kereta-kereta yang berada di parking..Aku mengusya kreta2 yang dicium oleh pasu2 bunga yang terbalik..(nasib baik kreta aku tak dicium juga)..dan setibanya aku di ofis, riuh rendah di dalam ofis aku menceritakan mengenai kejadian sebentar tadi..AKU APA LAGI., PASANG TELINGA LAH..

Sebenarnya, ada satu rest cabin yang berada di tempat kapal berlabuh telah terbang ditiup angin kuat tadi..lalu ianya terjunam kedalam laut..dikhabarkan 2 orang pekerja berada didalam cabin tersebut bagi melarikan diri daripada hujan..memang sesuai benor pepatah ini..(lari mulut harimau, termasuk mulut buaya)..Malang sungguh nasib mereka..ianya berlaku sekelip mata.tujuan mereka berada didalam rest cabin tersebut untuk menghindari mereka daripada hujan..tetapi, nasib tidak menyebelahi mereka..Seorang daripadanya pengsan ketika dijumpai kerana impak yang teruk kepada dirinya.dan seorang lagi masih tidak ditemui oleh pihak bomba pelabuhan.dan selepas beberapa jam, ia ditemui mati..

Selepas hujan berhenti, aku bersemangat waja untuk mengambil gambar cabin yang ditiup angin tersebut.yelah, aku memang bernawaitu untuk membuat entry mengenainya..ihihi.Tiba~

polis : "Maaf encik,~ Anda dari mana ni"  soalan diajukan.
aku   : "Ye abg,.Ada apa ya" aku membalas.
polis :"Encik dari mana" polis itu berkata2 lagi dengn nada sopan..
aku   : "Saya dari sinilah..itu hah ofis saye.kenapa encik?" aku pun jawab dengan sopan..
polis : "tengok pas pelabuhan" dia berkata lagi...
aku   : "nie hah, tengok lah" aku mengeluarkan pas aku.
polis :"kenapa ambil gambar nie" polis bertanya lagi..ish, tension pulak aku melayan..
aku   :"Saja ja..nak kasi kakak2 dalam ofis tue tengok".. aku jawab dengn nada sinis..
polis :"owh,,..ok2.." dan sambil berundur menundukkan kepala..

Inilah hasil gambar yang sempat aku ambil..
hanya aku seorang je yang ada di planet bumi ini..ihihihi
pintu surau tersebut yang perli dibaca dengan menterbalikkan screen anda.

ini keadaan cabin yang dijadikan surau.

hah, ini diambil dari hadapan ofis aku.

P/S : Rupanya, Wartawan tidak dibenarkan masuk didalam pelabuhan yang aku bekerja itu. Yelah, tempat private kan..lagipun , memang ketat skit undang2 disana. patutlah port polis itu menegur aku..rupanya, 
dia ingat aku seorang wartawan.
kini baru aku fahan.....jika aku ditakdirkan menjadi seorang wartawan pun.tidaklah aku memilih menjadi wartawan berita2 mcm nie..baik jadi wartawan hiburan..TERHIBUR AKU..hahahaha..
baiklah..Wslm..selamat beramal~

16 comments:

SyedGraphiX said...

err..kuat btol angin. pehh

Muhammadnuraizuddin said...

entry nie ko tak baca hbis kan syed..hahaha..tengok gambar je kan.

xazryx said...

sampai terbalik cabin surau .perghh .

Intan suhaila said...

aku baca sampai habesss . yeay .! ko ade muke wartawan ke .?

FariehanIbrahim [LBC] said...

haaa, kasik lah gmbr2 yg diambil nie ke surat khbr,
mana taw leyh jdik wrtwn lpas niee, ;pp

pss; sy bce en3 smpai abes. (^^)v

Hanim Mahali said...

wartawan hiburan pun ko tak boleh la... nanti salah information... lalala

Muhammadnuraizuddin said...

xazryx = itu la..kuat gila angin tu..

intan = tqvm..ihihi..muka aku takdak mcm wartawan, angkasawan lagi la tidak..haha

farehan = tqvm sebb baca ya..ihihi..eh, takmo ku jadi wartawan..tak kena dengn jiwa..ahha

hanim = ahhaha..ok la tue..sekrng punya berita pun, bukannya betoi sangt..hahha

yna fazlyna said...

wah.. ade ciri2 wartawan.. angin bertiup kencang. muka pun hansem ckit.. tu yang polis tu ingat kau wartawan..

Nour Akmal said...

hye..
singgah cni..

jom join GA blog sy..

http://jarijemariemas.blogspot.com/2011/02/jarijemariemas-first-giveaway.html

Muhammadnuraizuddin said...

yna = ahaha...ish,..tak de lah.. sebb aku bawak kamera kot smlm..klakar weh..ahaha

nour akmal = GA tu ape..ihih...serius tak tau.

Anonymous said...

huhu..wah2 disangka wartawan lak ek..huhu sian kan yg meninggal tu...sedih2...
mmg xdsangkal setiap je cite ang aku akan baca..mmg xdsangkal gak mmg best!! tahniah2..hehe
pepown truskan blog yg interesting ni k......chayuk2..hahahha

ejat kamal sitizoner

~Airieda~ said...

wah...x yah nak amik kursus kewartawanan dah leh jadik wartawan...

umak aaii kuatnya angin sampai gitu jadinya...

Muhammadnuraizuddin said...

ijat = fuyoo..over gila lah ..kahkahkaha..apa pun, ikhlas nie, thx sebb sokong aku.ihihih..terharu gila lah..

Muhammadnuraizuddin said...

aireda = memg kuat serius..satu lagi cabin dah terhumban dlm laut...ada 2 orng macam aku cakpkan tadi..fuh, malang tak berbau..

fydakachak said...

dasyat r..
naseb baik xde sape dlm cabin.nasib baik cabin tuh tak rempuh ofis ang jugak..naya naya.. uishh3

Muhammadnuraizuddin said...

fidakacak = haah..alhamdullah..cabin tu tak melayang rempuh ofis aku..klu tak, tak tahu lah..tp, ada satu cabin yang jatuh dlm laut..2 orng didlmnya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...