Saturday, February 26, 2011

Aku tidak begitu sempura. Aku tidak boleh memuaskan hati semua pihak.

Assalamualaikum semua...

Malam yang tenang ini, sambil angin kipas kaki pendek bersepui-sepui memamah tubuh, aku mula merasa gelisah. Kegelisan ini muncul desebabkan line Brodband yang menguji kesabaran aku. tetapi, tiada guna aku menghempuk, membaling, mencelup kedalam air..ini suma penangan ujung bulan..yelah, 28 ari bulan, current data volume baru akan diset semula..fuh, tension ooo....Tetapi, bukan ini punca utama kewujudan kegelisan aku...

Aku faham, Dunia blog ini memg akan wujudnya hentam menghentam. Tetapi tak semestinya hentaman yang dilakukan perlu diambil secara negetif..dan insyallah, aku akan mengambilnya secara positif dan menganggap ia sebagai asam garam berblogging. Disini, aku akan jelaskan perkara yang masih kabur dan mengakibatkan tanggapan negatif muncul.. Sebenarnya, aku tidak salahkan sesiapa. Walaupun sudah terang lagi bersuluh, aku tidak menujukan post ini kepada beliau. Dan jika perlu, ambillah ia sebagai iktibar dan renungan bersama.

Yang pertama, secara jujurnya, aku tidak pernah mengedit mahupun mengubah apa2 berulang kali untuk menyedapkan ayat jika ia telah dipost. Dan aku tidak akan membaca balik apa yang aku tulis kerana ia terlalu panjang..serius, binau mata aku..tak semua suka baca entry yang panjang2..termasuk aku..*admit..tp, aku yakin ada orng akan membaca entry yang aku publishkan.. Ini kerana, kebanyakan post aku panjang2..yelah, apa yang terlintas, secara automatik akan diterjemahkan menggunakan jari aku dan seterusnya akan wujudlah entry sebegini.

Yang kedua, aku pun tak sempurna nak nasihat orang.tp, biarlah aku nasihat diri aku sendiri. *(Bulat, hg jangn guna bahasa kasaq tau...), ahaha..serius, didalam penulisan yang tak seberapa ini, aku tak pernah menggunakan bahasa kasar.JAUH SEKALI NAK MEMAKI ORANG~kalau korang tak percaya, korang suma boleh membaca entry2 aku sebelum ini. kalau tak salah, memang satu perkataan kasar pun aku tak pernah guna disini.

Yang ketiga, aku tak pernah berangan-rangan nak jadi popular dengan berblogging nie. serius!!! jika korang baca entry aku, memang kebanyakan aku menceritakan tentang diri aku.bak kata orang, DIARY..tentang kejadian2 yang berlaku disekeliling aku. dan aku tak pernah terlintas dalam kepala aku nak cepat naik..hahaha..sebab, folowers aku tak ramai. kadang2, sehari, tak de pageview pun..tp, aku tak kisah, janji, aku ada tempat nak luahkan apa yang tersirat kat dalam hati ni.yelah, aku kan tinggal sorang.balik rumah memg mengadap lappy je..prob yang aku hadapi, disini ja tempat luahan..Sebenarnya, apa yang dikatakan oleh seseorang hamba Allah ini, dan aku sangat yakin ia ditujukan kepada aku yang kononnya aku mengejar popularity dan ingin menjadi seperti blogger yang telah di 'mention oleh beliau adalah amat tidak berasas..Serius, aku tak kenal siapa blogger yang dijadikan contoh itu. Aku ingin mengaku sejujur-jujurnya, aku tidak pernah tahu menahu apa itu vlog. nak ikutkan, memang aku punya banyak video sendiri. tetapi, ia hanyalah untuk simpanan peribadi. Jika korang menganggap aku adalah pendusta. Korang boleh tanya kepada blogger2 yang menghadiri gathering di Shah Alam. Ada satu kejadian yang berlaku kepada aku. Nak ikutkan, perkara sedemikian boleh meng-upkan popularity dan akan dikenali didalam dunia blog.even perkara itu memalukan, aku tidak akan bertimbang rasa kepada diri aku mengenai perkara itu dan publish kepada khalayak jika POPULARITY menjadi pilihan., Video kejadian tersebut boleh         
dihantar kepada youtube serta 1tube dan share di blog aku  jika aku nak..Dan aku pernah didesak mereka2 untuk meng'upload, tetapi, bagi aku, biarlah ia menjadi simpanan peribadi dan dijadikan kenangan manis aku disana.

Yang keempat, Orang boleh kata aku macam2..aku nie sosial..aku nie cepat melatah, aku nie bajet, aku nak polular, aku nak apa2 jelah..Sebenarnya, jika mereka tidak mengenali diri aku dengan sebenar2nya, dan jika mereka nak judge diri aku dengan sewenang-wenangnya,..aku mintak maaf awal2..bak kata perpatah, jangan nilai seseorang itu dari sudut luaran. Tp, aku tak nak lah cerita detail sangat mengenai diri aku. sebab, aku percaya, tak semua orang suka kita, dan tak semua orang tak suka kita kan..rambut sama hitam, tapi, hati ofcos lain2..

Yang kelima, Mengenai Vlog. Aku tak rasa dengan berVlog, aku boleh popular. bapa juta video2 kat Youtube tue kan..tak kurang di 1tube. Sebenarnya, aku tak terfikir yang aku akan buat Vlog sendiri. yelah, aku ingatkan bila gathering di Putrajaya tempoh hari, hanya lepak2 sahaja. Yelah, dah trang tang tang dah mention sapa yang akan buat vlog hari tu. Nawaitu aku hanya sekadar memeriahkan keadaan disamping menyambut baik segala aktivity2 yang dilakukan Group Sahabat Blogger selagi kesihatan, masa dan kewangan mengizinkan. Tp, bila dapat tahu yang kami akan turut serta berVlog,Serius, aku mula segan. Kalau korang nak tahu, aku adalah kumpulan yang terakhir berVlog.adakah ini menunjukkan bahawa aku beria2 nak bervlog.ish, klu aku betoi2 nak buat n cari publisity, aku dah guna Kamera fon murah aku dah..

Yang keenam, aku tak pernah mengkritik penulisan sesiapa, tetapi, hanyalah memberi coment yang boleh menaikkan semngat ataupun positif.yelah, dah ada negetif, mesti kena nutralkan balik dengan positif kan?. Aku mengaku, memang penulisan aku amat lemah. Kelaut je..banyak merapu kan?..tetapi, memang perlu ada pengkritik didalam dunia blog mahupun dunia reality. Sebenarnya, Pengkritik amat penting untuk kita tahu dimana tahap kita. if korang tak percaya, tengoklah semua program reality TV, mesti akan ada pengkritik..kan?..Aku mengaku, aku sedikit cepat melatah, tetapi, tidak pernah sesekali mengaib atau memaki sesiapa. dan if ada yang terasa, aku menghulur 10 jari memohon kemaafan.

Serius, kelemahan aku adalah jika berdepan dengan pengkritik yang boleh tahan hebatnya. aku tak kuat nak berkata-kata kerana aku nie bukannya jenis orang yang suka berdebat. Jika orang tak suka, biarlah.. tetapi,  tujuan penulisan entry ini adalah untuk mengubah tanggapan negetif dan jika ia dihalusi adalah untuk membersihkan nama aku sebenarnya. Aku tidak pernah mencari cacat cela orang lain kerana aku tahu aku tidak begitu sempurna. Aku cuba memuaskan hati semua orang, tetapi, aku tidak berdaya..kerana aku manusia biasa. Aku tidak ingin bermusuh-musuhan kerana aku tak sanggup memusnahkan persahabatan. Aku tidak mampu bermadah pujangga kerana aku bukannya seorang yang bersastera. Sekali lagi ingin aku tegaskan bahawa aku bukannya orang yang boleh dijadikan saingan dan boleh menjadi pesaing kerana aku tidak pernah menganggap anda semua pesaing..

P/S : Aku nak mengucapkan ucapan terima kasih kepada pengkritik2 mengenai blog dan diri aku. Baru kin aku merasakan ada orang mengambil tahu mengenai diri aku..THX ALOT..(nak sedapkan hati) Bagi aku, penyampaian melalui video adalah lebih baik. ia akan memudahkan pembaca untuk memahami dan dapat menyingkatkan masa untuk blogger Blogwalking. Betol tak.. Yelah, ia akan memudahkan kedua-dua pihak,. tak perlu entry panjang2 berjela mcm nie..ihihih..penat nak menaip tau..ihhihi...Apapun , sekali lagi aku memohon maaf jika ada kekurangan mengenai diri aku yang boleh menjejaskan ketenteraman anda semua..Selamat Beramal dan Wslm. :")






23 comments:

zikeryhassan said...

entri kau sejak akhir2 ni down je. kau nape??

dD Fabulous | sitekateki said...

dont worry...nanti dd kasi ko pemes...then time tu tengok ape org nak cakap...

Madi Nakal said...

sabar bro...manusia memang suke mencari kelemahan orang lain...
lumrah alam....sbr ye bro

forever love said...

hope die baca dalam keadaan yang tenang.terima apa yag ditulis..

Tuan-Belog said...

apa sebenar masalahnye bro?
xabes2 ngan masalah hentam2 ni...

EmanTheHalia said...

haha biarlah din.. die jelez tu. bile org benci kita kita kene happyz sebab org dah benci dengan kejayaan kite..

yaya_flanella said...

mana vlog ko? nak tgk..:)

Faizal Fredley said...

perghh...panjang....penat aku membaca..tp heheheh...pasal vlog tu...terasa jugak aku...aku pun x sangka akan turut bervlog nih..tu pon ben yg jemput sebab dekat jer ngn rumah aku...apa2...jgn ambil hati sangat k...

Pendekar Berkuda said...

tengok tu.... blog bukannya tentang follower... serius... Pendekar tidak mahu para blogger ini terlalu asyik dengan segala macam gathering.. gathering..gathering.... isi blog itu macam hidup segan mati tak mahu...

dengan ada blog je orang dah boleh ngaku dia blogger... tapi blogger yang macam mana? kita sendiri pilih nak jadi blogger yang sebenar-benarnya blogger ataupun blogger yang cuma mengejar popularity...

jangan manja sangat~! pendekar tak suka lelaki yang manja~! lelaki mesti kuat~! buat setakat kuat badan tapi mesti kuat hati dan semangat sebab pendekar mencari pelapis "KUASA BLOGGER"~! hanya mereka-mereka yang tahu apa itu kuasa blogger sahaja boleh menjadi pelapis... kuasa blogger tak boleh bergerak berseorangan... mesti secara ramai...

jadi ingat... jadi blogger bukan setakat ada blog... tapi lebih daripada itu... segala perkataan kita pasti akan ada yang baca... untuk itu... siap sedialah untuk dikritik.

dari situlah kita membina jati diri yang lebih kental dan gagah!

semangat! jangan jadi lemah!

MammaSun said...

saya suke! luahan jujur dari dalam diri anda sendiri. :)
good blog...just be yourself.

cik pulau said...

ehmm.. cik pulau tak tau pun apa itu vlog..
just tau tu video yg dibuat oleh blogger..
papepun..peace.. no war !!!! ^^,

Muslimah Optimis said...

panjangnya entry..luahan perasaan benar..xpa2..teruskan menulis semoga orang lain mendapat manfaat daripada penulisan kita ya...

Muslimah Optimis said...

panjangnya entry..luahan perasaan benar..xpa2..teruskan menulis semoga orang lain mendapat manfaat daripada penulisan kita ya...

muniraksasa (; said...

skali muke ko kat blog die da, DIN. xaci ni. nak jugak. HAHA bukan senang nak masuk blog FEMES dan OTAI. hee ;D

tomato said...

asal semua bloggers cakap pasal feymes2 je nie.. ade blog sebab nak feymes ke..haish..masing2 mmg ada cara masing2..tapi ramai pulak yg buat citer macam2..

sy newbie lg..tapi rase tak best tgk blogger skrg mcm2..masing2 ada blog sendri..ikut cara masing2 la kan..


adehh terpanjang plak komen..dush dush..hehe

Anonymous said...

din...dalam hal ini banyak2an bersabaq naaa.... ujian terhadap insan sepertimu..hehehhee
cuma satu la..kepada yg rasa diri tu sempurna, bagus, konon macam xnah wat dosa..dan segalanya ingatlah tiada manusia yg sempurna kerna Allah mmg menciptakan kita sesempurna mahluk tapi kita bukan malaikat.. sempurna tiada nafsu, tiada kehendak...dalam hidup kena juga bersosial tetapi ada caranya..bagi saya din ni bersosial secara positif..malah banyak perkara2 yg baik yg saya dpt contohi walo saya tua drpd dy... so kepada insan yg mengkritik tersebut janganlah memandang dgn hati yg tertutup buka mata hati anda kepada perkara2 yg membina... bagilah nasihat dgn niat utk menen=gur bukan mengeji...
kepada din@bulat..hehehhe semoga trus berusaha dan berjaya dlm pe jua perkara & bidang..teruskan berblog dan meluahkan pandangan serta berkongsi pengalaman....GUD LUCK!!!
From Psis@tepeng

hotaku said...

waalaikumusalam ~

chill dude~

gua banyak kali kne hentam dalam dunia blog ni.. haha

kalu lu rase lu dalam pihak yang betul ..buat kering suda..

yang penting.. Allah tahu apa yang sebenarnya..

Muhammadnuraizuddin said...

zikery = hihhhi..datang bulan agaknya.hahah

dd = aku tak perlu femous..sebb aku selesa mcm skrng..hihihi

madi = tq very much..aku hargai beb..ko slalu je suport..ihih

atiq = harap2lah..amin..

tuan blog = entah la..let bygone, be bygone..ihih.

Muhammadnuraizuddin said...

eman = betoi2..thx alot..ihih

yaya = ada kat 1tube..ihhh

faizal fredly = ahah..sory2..luahan hati nie..ihih

PB = ish..aku tak manja lah..tp, kadang mesti la kne layan perasaan..hahha..btw, tq very much..

mammasun = tq very much..uhuhu

Muhammadnuraizuddin said...

cik pulau = peace...

muslimah optimis = tq very much.. :)

raksasa = sebb itulah if orng balik kita batu, kita kene baling dengn bunga balik..tp, jngn dengn pasu2 bunga skali..ihihih

tomato = ihihi.takpa..nak wat panjang mcm entry nie pun boleh.ihihi

Muhammadnuraizuddin said...

ijat = ahhaha..aku berbangga dpt kawn mcm hg..alway support..ihihih..thx alot beb..

hotaku = thx alot beb..dah bersemangt nie..hahah..

NuReLLe said...

setelah mmbaca luahan ati ko ni..aku nak cakap 1 je..........

















































nk tengok video tuuuuuuuuuu...pulishhhhhhhhhhhhhhh...haha...:P

efa said...

apa-apa pun be yourself happy2 berblogging ok abaikan ja org yg cmtu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...