Friday, January 28, 2011

Makanan Halal Jadi Haram~

Assalamualaikum blogger2..
Sempena dengan hari jumaat yang mulia ini, saya ingin berkongsi rasa ketidakpuasan hati dengan anda semua. Perkara ini sangat sensetive kepada kita sebagai seorang muslim. Mesti ada yang tertanya-tanya bagaimana Halal boleh bertukar menjadi haram didalam kita tidak sedari.

Perkataan halal sekarang ini semakin berleluasa digunapakai oleh peniaga2 yang ingin mengaut keuntungan semata. Dengan penggunaan logo halal, ia dapat menarik perhatian pengguna seperti kita yang muslim sebab majority di negara kita adalah muslim.Kadang2 kita lihat, Kopitiam contohnya yang dimiliki oleh pengusaha berbangsa Cina. Memanglah, majority yang bekerja disitu adalah melayu..memang islam. Yes~saya akui bahawa tukang masak juga adalah melayu.dan saya pernah bekerja sebagai Waiter di restorant sebegitu. Persoalannya disini, dari sumber mana bahan2 yang digunakan didalam masakan mereka diperolehi.

1) AYAM,.Siapa yg sembelih?
2) MEE, siapa yg buat?
3) BAHAN, siapa yang proses?

dan, kalau nak diikutkan, banyak lagi persoalan yang boleh timbul berkaitan perkara yang cukup sensetive ini.

Adakah logo halal menjaminkan sesuatu itu halal?..pada zaman moden ini, berbagai-bagai cara orang untuk mendapatkan duit dengan mudah..Pihak berwajib memang telah menetapkan syarat dan memantau..tetapi, adakah mereka memantau setiap jam?..Anda sendiri boleh memikirkannya.

Contoh lain yang senang if situasi diatas ada yang susah untuk memahami, Kalau seorang pencuri membeli makanan kepada seorang ulama, makanan yang dibelinya tetap jatuh hukum sebagai haram. Ini kerana puncanya untuk membeli makanan tersebut adalah dari hak orang lain. Anda semua lihat, makanan yang asalnya halal boleh bertukar menjadi haram. Bab Makanan halal dan haram sebenarnya bukan semata-mata berpandukan keatas makanan tersebut..tetapi, ia berpandukan dari puncanya lagi.Ini membuktikan betapa islam menitikberatkan perkara ini kan..ini adalah kerana apa yang dimakan oleh kita akan menjadi darah daging kita yang akan diwarisi oleh anak cucu kita.

Janganlah negara kita ini menjadi seperti negara2 jiran kita yang lain,. Halal dan haram dianggap sama sahaja..tidak dititikberatkan seperti dibawah ini.


P/S : jika terlihat situasi seperti di dalam gambar..report lah pada pihak berkuasa..
Sebarang komen, sila coretkan di coment.. Wslm. Selamat Beramal~

20 comments:

[aNaK dEsA zOnE @ pAjELi] said...

Bodohnyer... sah orang kat indon!!!

Muhammadnuraizuddin said...

anak desa zon = itulah..memg tak senonoh..terkejut aku tengok gambar nie.

Burasa Hangus said...

ishh..apa nk jadi nih..,

Muhammadnuraizuddin said...

burasa hangus = itu lah..ahahha..

Lelaki Ini said...

hahaha
kelakar giler gmbo tue!
sangat n amat!

Muhammadnuraizuddin said...

lelaki ini = hahaa..cun kan..rasa nak bagi nuclear ja kat pasar tue.

Ain Asrar said...

agaknya dah tulis halal tu mmg halal kot bg mereka..huhu =_='

Hanim Mahali said...

orang indon tu bukan kesah sangat halal haram ni... nama aje orang Islam...

SyedGraphiX said...

yg halal boleh jadi haram dgn hanya perbuatan.. tp perbuatan tidak menghalalkan yg haram .kecuali darurat ;)

Nurul Faezah said...

Hak3~ oink oink!

Muhammadnuraizuddin said...

ain asrar = itu lah..aku pun rasa mcm tue gak..adoy...tak de pengetahuan islam dengn mendalam namanya.

hanim = aku sokong ko..

syed = betoi2..tq menambah..

nurul faezah = toing..tioi.toink..

Faziera said...

ramai lagi yang x paham maksud 'halalan tayyiban'..

yang bukan muslim ingat halal tu just dari segi kne sembelih ayam gunakan kalimah Allah, orang Islam x boleh makan babi dan yang basic-basic je..

padahal sumber tu pun kne tau gak..walopun ayam tu sembelih cara betul tapi hasil dari mencurik kebun jiran sbelah, still dikira haram..

x gitu??huhuu

ainakhani said...

kismis takde tanda halal..
huhuhuhu...

Muhammadnuraizuddin said...

faziera = betoi2..memg gitu..aku sokong hg 100%..tq 4 coment.

ainakhani = klu tak de tanda halal tue, akan menimbulkan was2 kan..mana lah tau, masa proses penjemuran, ada anjing2 main kawen2 kat tempat tue, if tak diperhatikan oleh pihak berwajib..kan..kan..hihih

Syafiq Rosli said...

pergh..truk gler kot..

Amira Anorah said...

whatt..halal ke benda nya ada kepala babi kat situ...buta agama betol!!
sapa yang percaya tu,dia ikot sama jahil la kan??
ye la kan..kadang2 kita tak pasti kita makan tu halal or haram..
minta2 dijauh kan lah yg haram tu ye..
masak sendiri je la..^^

Muhammadnuraizuddin said...

syafiq rosli = memg terok gila la weh..fuh~

amira anorah = itulah..mereka itu terlalu cetek pengetahuan agama..

Ms. Kudut said...

kacau!!! ngeh ngeh ngeh... elok je kepala 'BAB 1' tu parking...

Muhammadnuraizuddin said...

ms kudut = ahah..itulah pasal.gila..tak lalu aku..

Luke said...

Lucu sungguh gambar tu, baik tak payah letak halal.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...