Saturday, January 29, 2011

Akidah Boleh Terjejas Akibat Dari Surat Berantai.

Assalamualaikum blogger2 semua..
Malam yang hening ini, saya tiba2 terfikirkan sesuatu perkara untuk dikongsikan bersama di sini. Ia amat popular pada suatu ketika dulu..ia adalah berkaitan dengan surat berantai ataupun dipanggil sebagai surat berhantu..Apa yang saya faham, surat berantai ini dihebahkan melalui pencetakan elektronik, SMS, email, dan juga melalui laman sosial yang terkenal seperti Facebook, Twitter, Myspace, blog dan banyak lagi..

gambar hiasan


Dulu pernah tergembar dengan hebahan Sihir melalui talian talifon..jika seseorang itu menjawab panggilan nombor yang tak dikenali , dia akan tiba2 mendapat maut..seingat saya, saya baru menghabiskan SPM ketika itu.. dan SMS itu diiringi dengan ciri2 bagaimana kita sebagai orang yang tidak mengetahui tetang perkara ini mengelak untuk tidak mengangkat panggilan seperti tersebut. Hebahan ini telah diperkukuhkan dengan berita kematian orang awam secara tiba2 selepas menjawab panggilan. Impak yang diterima oleh orang awam amat besar..Ramai yang takut untuk menjawab panggilan yang tidak dikenali.

Selain itu, Timbul Surat layang yang tersebar luas pada suatu ketika dulu yang menceritakan mimpi Syeikh Ahmad Maeini (yang didakwa penjaga Makam Nabi Muhammad saw) kononnya beliau bermimpi didatangi Rasulullah yang berkata antara 60,000 orang yang mati, tiada satu pun yang beriman.
Si penerima diminta untuk mencetak 20 salinan dan diedarkan kepada 20 orang. Dalam surat tersebut menceritakan ‘kebaikan’ yang diterima bagi orang yang mencetak dan menghantarnya seperti keuntungan dalam perniagaan, dinaikkan pangkat atau menerima anugerah.
Perkara ini telah membuatkan satu fenomena yang berbeza. Ini kerana, ia telah melibatkan akidah seseorang insan.


Penerangan dari seorang ulama' mengenai surat berantai.

Surat berantai atau surat beracun jika dilihat sebagai surat peringatan untuk orang lain supaya tidak lalai akan perintah Allah dan sentiasa melakukan kebaikan, boleh dianggap sebagai jalan dakwah.
Namun, unsur syirik di dalamnya menyebabkan orang yang mempercayainya menjadi sesat. Unsur syirik itu ialah percaya surat itu ada kuasa tersendiri memberi untung pada yang mencetak dan bala pada yang ingkar mencetaknya.

Ia seumpama tangkal yang ada kuasa memberi kebaikan atau malapetaka dan malang. Sesiapa yang percaya ada kuasa lain memberi kebaikan dan keburukan pada dirinya; ia adalah unsur syirik yang boleh menggugat akidah.
Soal siapa mati dalam iman dan berapa ribu jumlah mereka adalah kuasa Tuhan, tiada keperluan untuk kita mengetahuinya, tetapi lebih baik bersiap untuk mati dalam iman.

Jangan turut serta sebarkan dengan niat mengelak bencana yang bakal menimpa (jika engkar menyebarkannya melalui surat atau SMS) kerana ia mungkin menggugat akidah kita.


Petikan dari Datuk Dr. Mashitah Ibrahim
Harian Metro

P/S : Pada zaman sekarang, banyak benda yang boleh memesongkan akidah kita semua..kita perlulah berjaga dan berpandukan kepada Al-quran dan sunah untuk memelihara akidah kita itu.
Wslm.. Selamat beramal~

6 comments:

mian said...

yup betol.dah lali dah psal surat2 ni.lagipon hidup mati ketentuan Allah.bukan surat tu yang tentukan.takutkan Allah.bukan takutkan surat.nice entri =)

Muhammadnuraizuddin said...

mian = betoi2..itu suma kepercayaan syirik..btw, tq mian.

Yuni Aisyah said...

setuju ngn entry nie....kalo percaya leh jd len...takut jd syirik la pulak sbb percaya....

sblm nie terfikir gak betul ke tak surt berntai nie..ada dpt melalui email n kertas risal dan kalo x disebarkan akan mendapat bencana...rasa cuak gk la kalo rse btol..tp bila fikir dgn baik mmg xx logik lngsung..

Muhammadnuraizuddin said...

yUNI AISYah = betoi2..apa2 pun, kita kene berpandukan dengn alquran dan sunah..

►AdamXis◄ said...

As salam...yerlaa.byk sgt surat beratai kat email...malas nk layan.tapi yg sedih tuu ramai yg terikut3...x fikir ka dulu?mentaliti ummat kita masih rendah

Muhammadnuraizuddin said...

adamxis = ye..betoi2..sokong ngn hg..itulah..dulu, aku pun dok hantar sms sebb tak fikir panjang..tp, ble kita membaca pandangan dari orng yang lebih arif , baru kita tahu kebenarannya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...